Sunday 17 April 2022

CARA TARIK JEMAAH KE MASJID

 
Sebuah papan tanda masjid di Turki berbunyi: "Wahai umat Islam, jika tiada bunyi kanak-kanak ketawa di belakang, khuatirilah bagaimana keadaan generasi akan datang."

Manakala ada Masjid di Indonesia, membuka seluas-luasnya kepada masyarakat, hatta kanak-kanak ke masjid, walau berseluar pendek sekalipun. Kerana sasaran dakwah mereka adalah, untuk “biar mereka lari di masjid, jangan lari dari masjid".

Masalah orang kita terlalu begis, dan keras terhadap pengungjung yang hadir di luar kebiasaan adat. Kita gagal untuk jinak dan tawan hati jemaah. Yang datang masjid selalu kena perli. Akhirnya mereka mencari tempat yang tidak ada kutukan dan sindiran masyarakat.

Pengurusan masjid harus bijak, masyarakat perlu peka.

Gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment