Thursday, 1 September 2022

SEGERA BANGKIT KETIKA HAMPIR BERPUTUS ASA

 
Hidup umpama ombak. Bergerak menuju pantai beralun-alun. Seketika tinggi dan selepas itu rendah bersilih ganti. Kalau sentiasa berada di atas atau tempat tinggi, ia tidak akan bergerak dan tidak akan sampai di pantai.

Begitulah realiti kehidupan kita. Ada ketika terasa hidup begitu bersemangat dan pada detik lain pula berasa amat tertekan dan hilang terus semangat.

Hilang semangat seketika itu adalah lumrah. Namun, jangan biarkan ia menguasai diri. Kembali bangkit dan terus berjuang mengekalkan momentum.

Saat penat, saat berputus asa, saat harapan dirasakan makin hilang, bayangkan orang yang sangat memberi kita inspirasi. Orang yang sangat kita sayangi.

Mungkin orang itu pasangan kita, mungkin juga anak-anak kita, atau mungkin saja ibu bapa kita. Atau mungkin sesiapa sahaja.

Seseorang yang membuatkan kita sanggup berjuang sehingga tidak menghiraukan penat, sehingga kita bangkit semula walau jatuh terluka.

Ingatlah, kita hidup bukan untuk diri sendiri sahaja. Kita ada tanggungjawab untuk orang lain juga.

No comments:

Post a Comment