Sejarah kejatuhan kerajaan Melayu Patani.
Peristiwa kekalahan kerajaan Melayu Patani kepada pihak Siam
berlaku pada 11 November 1785.
Raja Patani, Sultan Mahammad gugur di medan perang ketika
mempertahankan Patani daripada serangan tentera Siam. Ketika itu Siam di bawah
pemerintahan Raja Rama I dari Dinasti Rattanakosin.
Peristiwa ini terjadi selepas satu perutusan telah dihantar
oleh Raja Muda Siam ke Patani agar tunduk tanpa perang pada Siam dengan alasan
Patani tidak menghulurkan bantuan kepada Siam pada tahun 1776 ketika Siam
berperang dengan Burma.
Sultan Muhammad telah bermesyuarat dengan para pembesar
mengenai perutusan itu. Keputusan telah diambil yang mana Patani bersedia untuk
berperang jika Siam meneruskan niat menakluk dan menghapuskan kedaulatan Islam
di Patani.
Tentera Patani telah dibahagikan kepada dua pasukan. Pasukan
pertama berkawal di kubu-kubu di tepi pantai untuk menahan serangan Siam dari
arah laut. Pasukan kedua pula berkawal sekitar Istana Kota Chabang Tiga.
Seluruh kekuatan tentera dipertaruhkan untuk mempertahankan
Patani, termasuk menggunakan dua meriam kebanggaan Patani iaitu Seri Patani dan
Seri Nagara.
Serangan tentera Siam dengan jumlah yang lebih banyak dan
ada pembelot di kalangan pemimpin Patani sendiri yang membocorkan kedudukan dan
strategi pertahanan Patani, pertahanan Patani dapat dikalahkan.
Sultan Muhammad yang turut serta dalam pertempuran
mempertahankan Patani gugur syahid.
Tentera Siam bermaharajalela selama sebulan di Patani dengan
menangkap dan membunuh siapa sahaja lelaki, perempuan, kanak-kanak hatta orang
tua.
Semua harta benda rakyat Patani telah dirampas dan Kota
Cabang Tiga telah dibakar sehingga musnah sepenuhnya.
Seramai 4,000 orang Melayu Patani telah dijadikan tawanan
dan di bawa ke Bangkok sebagai hamba tebusan.
Patani dipecah-pecahkan kepada beberapa wilayah kecil
seperti Patani, Saiburi, Nongchik, Yaring, Yala, Reman, dan Rangae pada awal
abad ke-19 bagi memecah-belahkan perpaduan masyarakat Melayu.
Meriam-meriam besar kebanggaan Patani seperti Seri Patani
dan Seri Negara dirampas dan dipamerkan di Bangkok sebagai lambang kemenangan
Siam.
Biarpun kerajaan Patani telah kalah, pemimpin dan rakyat di
kawasan tertentu masih berusaha untuk mengekalkan kuasa dengan melakukan pemberontakan
atau melawan pentadbiran Siam ke atas Patani. Ini berlaku pada tahun 1789
sehingga 1791.
Untuk melemahkan kekuatan kesatuan Melayu, kerajaan Patani
dipecahkan oleh Siam menjadi tujuh (7) buah negeri atau wilayah kecil.
Tujuh wilayah tersebut ialah Patani, Saiburi (Teluban),
Nongchik, Yaring (Jambu), Yala (Jala), Reman dan Rangae (Legeh).
Maka bermulalah perlantikan raja-raja boneka.
Kesultanan Patani terus merosot sehingga Raja Patani
terakhir, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin dilucutkan kuasa oleh Siam pada tahun
1902.
Perjanjian Bangkok 1909 memberi kuasa mutlak kepada Siam
untuk menguasai Patani.
Gambar ilustrasi perang pada zaman dahulu.
Gambar sekadar hiasan.
