Wednesday, 10 June 2026

POS TOHOI BAKAL TENGGELAM

 
Penempatan Orang Asli suku Temiar di Pos Tohoi, Gua Musang bakal tenggelam apabila Projek Hidroelektrik Nenggiri siap pada 2027 nanti. Ia bukan sahaja meneggelamkan rumah dan kebun milik penduduk, bahkan juga Sekolah Kebangsaan Tohoi.

Hampir 1,000 penduduk bakal terkesan dengan operasi empangan hidroelektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu.

Penempatan baharu itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang lebih baik dan sempurna untuk dinikmati penduduk. Selain mendapat rumah bagi setiap keluarga, kampung baharu itu tersedia jalan berturap, bekalan elektrik, air, tanah kebun dan sekolah.

Penduduk yang terlibat pemindahan mengakui berasai sedih kerana meninggalkan penempatan yang telah diami sejak turun temurun, namun bersedia berkorban demi pembangunan dan kemajuan.

Mereka pasti merindukan suasana di Pos Tohoi kerana banyak kenangan termasuk kubur nenek moyang dan sungai tempat penduduk mandi serta mencari ikan sungai.

Selain rumah dan tanah kebun, tempat bersejarah bagi komuniti Orang Asli suku kaum Temiar termasuk Gua Cha dan Gua Chawas juga akan tenggelam apabila projek empangan beroperasi nanti.

No comments:

Post a Comment