Thursday, 4 June 2026

JENIS SUKUK

 
Sukuk didefinisikan sebagai sijil bernilai sama yang merupakan bukti kepemilikan yang tidak dibahagikan atas suatu aset, hak manfaat dan jasa-jasa atau kepemilikan atas projek atau kegiatan pelaburan tertentu.

Ia satu sijil kewangan atau instrumen pelaburan patuh Syariah yang berfungsi seperti bon konvensional. Ia mewakili pemilikan separa dalam aset asas dan memberi pelabur hak untuk menerima pulangan berkala atau keuntungan, berbanding faedah (riba) yang dilarang dalam Islam.

Jenis-jenis sukuk:

SUKUK IJARAH

Sukuk ini adalah berdasarkan kepada pembelian atau penyewaan sesuatu aset melalui kontrak, bayaran sewa dan lain-lain lagi. Ianya adalah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan ciri-ciri asas pada sukuk ini ialah penekanan kepada kontrak yang mana pemegang sijil kontrak adalah bukan pemilik aset tersebut. Manakala sewaan pula adalah melibatkan orang ketiga.

SUKUK MUDHARABAH

Sukuk Mudharabah adalah merupakan sukuk yang berkaitan dengan pelaburan dan pemilikan ekuiti Mudharabah merupakan pemilik aset. Pemilik aset akan menyerahkan kepada pihak yang ketiga bagi bertanggungjawap dalam menguruskan aset tersebut. 

Manakala apabila mendapat keuntungan, maka ianya akan dibahagikan berdasarkan kepada persetujuan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Tujuan sukuk ini adalah bagi menggalakkan peningkatan dalam penyertaan diri dalam projek-projek yang mempunyai pelaburan yang besar.

SUKUK MUSYARAKAH

Sukuk Musyarakah adalah merupakan sukuk pelaburan yang melibatkan perwakilan ekuiti Musyarakah yang bermaksud perkongsian pemilikan yang melibatkan lebih dari dua orang individu dalam menubuhkan sesuatu perniagaan. 

Pembahagian keuntungan atau pun kerugian adalah berdasarkan kepada kadar pemilikan ekuiti. Tujuan sukuk ini adalah untuk mendapatkan dana dalam sesuatu projek dan juga mengembangankan kepada projek yang sedia ada.

SUKUK SALAM

Sukuk Salam pula menerangkan sijil pelaburan yang diterbitkan pada nilai yang sama dan bertujuan dalam menggerakkan modal atau dengan kata lain, pemegang sijil akan mengeluarkan modal terlebih dahulu dan akan diperolehi pada waktu-waktu yang tertentu yang telah ditetapkan. 

No comments:

Post a Comment