Thursday, 4 June 2026

KUALITI HARUMANIS DI LUAR PERLIS

 
Ada pendapat mengatakan harumanis yang ditanam di luas kawasan negeri Perlis tidak setanding yang ditanam di Perlis. Sebab itu, jika diketahui harumanis itu bukan berasal dari Perlis, pembeli kurang teruja untuk membelinya.

Malah harga yang ditawarkan juga lebih murah bagi harumanis bukan dari Perlis. Contohnya, harumanis di Perlis harganya RM35 sekilogram, sedangkan harumanis yang dibeli di Hentian Rehat dan Rawat Gurun di Kedah harganya RM15 sekilogram yang didakwa bukan berasal dari Perlis.

Sebab itu, biarpun menggunakan anak benih yang tulen dari Perlis, kualiti yang dihasilkan ditanam di tempat lain tidak sama dengan yang ditanam di Perlis.

Harumanis di Perlis sebenarnya ada sejarah varieti, pembangunan pertanian, dan identiti negeri yang dibina secara tersusun.

Secara rasmi, Harumanis Perlis didaftarkan sebagai varieti MA128 di bawah Jabatan Pertanian Malaysia yang merupakan salah satu klon mempelam premium negara yang kemudiannya menjadi antara baka terbaik Malaysia.

Harumanis Perlis bukan sekadar “mempelam biasa.” Ia dipilih, dibangunkan, dan diberi perhatian besar kerana kombinasi tiga faktor utama:

- Genetik varieti MA128
Klon ini terkenal dengan isi tebal, kurang serat, aroma kuat, dan rasa manis berlemak yang sukar ditandingi.

- Faktor geo-iklim Perlis
Harumanis memerlukan tempoh kemarau atau “stress period” sekitar Januari hingga Mac untuk merangsang pembungaan terbaik. Keadaan cuaca panas-kering Perlis menjadikan lokasi paling ideal berbanding banyak negeri lain.

- Campur tangan pembangunan kerajaan
Jabatan Pertanian membuka ladang demonstrasi di Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat dan kawasan strategik lain bagi menjadikan Harumanis sebagai industri ekonomi negeri. Projek mini estet, Desa Harumanis, dan promosi besar-besaran menjadikan MA128 bukan sekadar buah, tetapi jenama Perlis.

Harumanis Perlis lebih mahal kerana:
- Bermusim singkat (sekitar April–Mei)
- Pengeluaran terhad
- Penjagaan rapi
- Perlu pembalutan khas
- Mudah dipalsukan oleh varieti lain

Gambar - Harumanis Perlis

No comments:

Post a Comment