Dalam dunia hartanah, perkataan ‘lot Bumi’
dan ‘tanah rezab Melayu’ tidak asing. Tahukah anda apakah perbezaan antara dua
perkataan ini. Ada yang beranggapan bahawa kedua-duanya adalah sama namun
hakikatnya tidak.
Lot Bumi merupakan hartanah yang hanya
boleh dimiliki oleh Bumiputera sahaja. Ia merupakan satu langkah daripada
Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera.
Syarat pemilikan hartanah berstatus lot bumi ini adalah tertakluk kepada
kerajaan negeri yang berkenaan. Setiap negeri mungkin mempunyai syarat-syarat
yang berbeza.
Perlu diingatkan bahawa setelah geran individu
atau strata unit tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan telah dipindah milik
kepada pembeli Bumiputera tadi, status tersebut tidak terpakai lagi melainkan
ia tertulis dengan jelas di geran bahawa “Tanah ini hendaklah dimiiki oleh
Bumiputera sahaja.”
Ini bermaksud, dalam pasaran subsale nanti,
pembeli tersebut hanya boleh menjual hartanah tersebut kepada pembeli
Bumiputera sahaja.
Tanah Rezab Melayu merupakan tanah yang hanya
boleh dimiliki oleh orang Melayu sahaja. Ia turut dikenali sebagai Geran Merah
kerana gerannya yang bewarna merah.
Secara umum, Tanah Rezab Melayu hanya boleh
dimiiki dan dijual kepada orang Melayu sahaja, melainkan status tanah tersebut
telah dibatalkan atau ditarik oleh Kerajaan Negeri dengan perkenan daripada
Sultan atau Raja negeri tersebut.
Ini bermakna, pembeli hartanah tersebut
hanya boleh menjual tanah tersebut kepada orang Melayu sahaja buat
selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment