Saturday, 8 October 2022

SENTOSA VILLA RESORT, TAIPING

 
Dikelilingi kehijauan alam semula jadi yang begitu indah, lokasi Sentosa Villa Resort yang terletak cuma 1 km dari kaki Bukit Larut sememangnya menjanjikan pemandangan yang sangat memukau dan udara yang menyegarkan.

Kepada pencinta alam semula jadi atau mereka yang inginkan ketenangan, inilah tempat percutian yang anda cari. Amat sesuai untuk bersama-sama dengan rakan-rakan dan keluarga.

Sentosa Villa, sebuah resort yang terletak di tengah-tengah bandar Taiping. Antara yang mewah hijau dan alam semula jadi. Tempat persembunyian untuk minda santai. Terletak di Jalan 8, Taman Sentosa, 34000 Taiping, Perak.

Sentosa Villa sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan. Dua jenis penginapan ditawarkan iaitu jenis vila dan hotel.

Mereka yang inginkan percutian yang mewah, mendamaikan dan indah, dengan udara segar dan deruan sungai yang mengasyikkan, memang patut memilih Sentosa Villa Resort. Paling menarik ada air sungai mengalir sepanjang resort. 

Jadi bolehlah bawa anak anak mandi manda. Airnya sejuk dan jernih.

Pengunjung pasti akan jatuh cinta dengan Sentosa Villa.


No comments:

Post a Comment