Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) bersama dengan iKasih Kelantan dan Thirdforce Kelantan telah terlibat bersama untuk membantu pesakit tibi otak, Nazruddin, di Kampung Cucuh Puteri, Kuala Krai.
PCAK diwakili Pengerusinya, Fazliaton Daud, telah menyumbangkan katil hospital
untuk kegunaan Nazruddin yang tidak mampu bergerak, yang mana seluruh tubuh
menjadi kaku. Hanya mulut dan mata yang boleh bergerak, namun tidak dapat
mengeluarkan suara.
Untuk meneruskan kehidupan, Nazruddin hanya
bergantung kepada susu semata-mata.
Sumber pendapatan keluarga hanya
mengharapkan hasil menoreh getah. Sedangkan pada musim tengkujuh, aktiviti
menoreh agak terhad, sekali gus mengurangkan pendapatan yang mampu diperoleh.
Justeru, iKasih Kelantan dan Thirdforce
Kelantan menyerahkan sumbangan wang kepada keluarga Nazruddin untuk meringan
sedikit beban kewangan.
Semoga Nazruddin dan keluarga tabah
menghadapi ujian yang berat ini.
No comments:
Post a Comment