Selepas atau seusai peristiwa, program,
kejadian dan seumpamanya, biasanya akan dilakukan pascanilai atau ‘post-mortem’.
Pascanilai dilakukan bertujuan untuk
mencari kekuatan atau kelemahan yang berlaku agar dapat dijadikan panduan atau
rujukan masa depan.
Pascanilai juga bertujuan untuk menilai
pencapaian atau kegagalan, sekaligus dapat mengenal pasti adakah perancangan
yang dibuat sebelum ini mencapai sasaran atau tidak.
Ketika proses pascanilai, perkara utama
yang ditekankan adalah untuk mencari ‘rumusan’, bukan untuk menyalahkan
mana-mana pihak yang terlibat.
Perbuatan saling menyalahkan tidak akan
membawa kebaikan, bahkan lebih menjurus kepada perkara lebih buruk.
Semua pihak perlu menerima dengan hati
terbuka. Baik dan buruk adalah pencapaian bersama.
No comments:
Post a Comment