Thursday 8 December 2022

MPKB MASIH BOLEH KUNCI TAYAR KENDERAAN?

 
Mahkamah Rayuan Malaysia Putrajaya pada 8 Dis 2022 secara sebulat suara memutuskan bahawa undang-undang kunci tayar Majlis Perbandaran Kota Bharu  (MPKB) adalah tidak sah kerana bertentangan (ultra-vires) dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
 
Dalam penghakiman yang dibacakan oleh Hakim Datuk Hashim Hamzah, Mahkamah Rayuan mendapati bahawa Perintah 17, Perintah Pengangkutan Jalan (LKB) (MPKB) 2000 adalah ultra-vires dengan seksyen 72(7) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mahkamah walau bagaimanapun memutuskan bahawa Perintah 8 di bawah Perintah yang sama masih sah dan MPKB masih boleh mengenakan kompaun bagi kesalahan berkaitan letak kereta.
 
Turut bersidang ialah Hakim Datuk Abdul Karim Jalil dan Hakim Datuk Supang Lian.
 
Dengan keputusan ini, maka pihak MPKB tidak lagi boleh mengunci tayar kereta yang diletakkan di dalam petak letak kereta dan hanya boleh mengenakan kompaun sahaja.
 
Dengan keputusan itu, MPKB tidak lagi boleh mengunci tayar kereta yang diletakkan di petak letak kenderaan, sebaliknya hanya boleh mengenakan kompaun.
 
Persoalannya, bagaimana dengan kereta yang diletakkan di luar petak letak kenderaan? Adakah MPKB boleh kunci tayar kenderaan tersebut?
 
Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1 Febuari 2013)
 
Seksyen 72 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) - Mengadakan tempat letak kereta dan tempat perhentian.
 
Seksyen 72(7) Jika mana-mana orang melanggar atau gagal mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini tanpa sebab yang sah maka dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ringgit.
 
Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Perintah 17, Perintah Pengangkutan Jalan (LKB) (MPKB) 2000 adalah ultra-vires dengan Seksyen 72(7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 apabila MPKB mengunci tayar kenderaan yang diletakkan di petak tempat kenderaan.
 
MPKB mempraktikkan amalan mengunci tayar kenderaan yang mempunyai tunggakan atau denda tidak membayar bayaran tempat letak kereta atau apa-apa denda yang berkaitan dengan kenderaan berkenaan, biarpun kenderaan berkenaan tidak melakukan apa-apa kesalahan ketika dikenakan tindakan kunci tayar kenderaan itu.
 
Adakah, jika meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan atau di luar petak letak kenderaan yang telah ditetapkan boleh mengelak dikenakan tindakan atas dasar ia bertentangan dengan Seksyen 72(7) Akta Pengangkutan Jalan 1987?
 
Persoalan atau perkara yang menjadi topik perbualan di kalangan rakyat Kelantan sekarang ini ialah adakah MPKB akan meneruskan tindakan kunci tayar kenderaan kepada pada kenderaan yang diletakkan di luar petak meletak kenderaan atau tempat-tempat yang dilarang?
 
Mohon penjelasan daripada mereka yang arif tentang undang-undang.
 


No comments:

Post a Comment