Permintaan terhadap kupang amat tinggi, terutama di kalangan
pengusaha restoran makanan laut. Rasa
kupang yang enak serta bau aroma yang membangkitkan selera menyebabkan ia
diminati pengemar makanan laut.
Kupang atau
juga dikenali siput sudu merupakan sejenis famili kerang-kerangan
dwicangkerang yang boleh dimakan.
Kupang boleh
dijumpai di kawasan air tawar seperti tasik dan sungai. Kupang juga ditemui di
kawasan pasang surut di pinggir laut.
Kupang merupakan
siput planton feeders iaitu (pemakan plankton) sama seperti kerang, remis,
siput sedut dan pelbagai haiwan akuakultur bercengkerang lain.
Kupang merupakan sejenis siput (mollusk) yang mempunyai bentuk bulat dan bujur
tirus di bahagian hujung kulitnya. Kulit kupang yang keras akan melindungi isi.
Selain diperoleh secara
semula jadi, kupang juga boleh diternak. Penternakan kupang merupakan satu aktiviti akuakultur yang
menarik minat nelayan di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Terdapat 3 jenis varieti kupang yang biasa diternak iaitu Pteriomorpha
spp untuk ternakan air laut, Palaeoheterodonta spp untuk
ternakan air tawar dan Heterodonta spp sejenis Kupang Zebra.
Penternakan kupang suatu perkembangan yang amat positif. Usaha itu dapat
menyuntik sumber pendapatan sampingan para nelayan. Mereka tidak lagi perlu
terlalu bergantung kepada aktiviti penangkapan ikan di laut semata-mata.
Penternakan kupang ini memerlukan kawasan perairan yang tidak mempunyai arus
yang deras, tiada laluan kapal besar dan memerlukan air laut yang bersih dari
pencemaran sampah dan tidak tercemar dengan tumpahan minyak.
Keadaan itu bagi memastikan tidak menganggu tumbesaran benih kupang yang
akhirnya akan menjejaskan saiz kupang yang ingin dituai.
Penternakan kupang tidak memerlukan pemerhatian yang khusus dan rapi namun
ia memerlukan kos yang tinggi untuk membeli tong plastik dan tali
rawai.
Selain itu, kaedah menggunakan pasakan
pancang-pancang kayu atau paip PVC di tepi pantai, yang mana ia diikat bersama
tayar motor lama lalu dibalut penuh dengan pukat terbuang juga diamalkan
penternak.
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Pertanian merupakan agensi
yang bertanggung jawab untuk mengawal, mengurus dan mengeluarkan lesen kepada
persatuan nelayan atau pengusaha yang berminat untuk menternak kupang.
Kupang mengambil masa enam bulan untuk matang sebelum sesuai
dijadikan hidangan atau menghasilkan barangan seperti keropok kupang dan kupang
kering. Penternakan kupang tidak memerlukan penjagaan rapi seperti
ternakan lain yang perlu diberi makan mengikut waktu tertentu.
Walaupun tahap matang kupang enam bulan dan anak benih kupang berusia seawal
dua bulan juga boleh diambil untuk dimakan. Saiz yang lebih kecil itu lebih
sesuai untuk dibuat hidangan sup atau tomyam.






No comments:
Post a Comment