Thursday, 20 August 2020

MUSANG PULUT HANYA AKTIF PADA WAKTU MALAM


Musang pulut (Paradoxurus hermaphroditus.boleh didapati di hutan sekunder (baru), ladang buah, berhampiran kampung, malah kadang kala terdapat di bumbung rumah kawasan pendalaman. 

Pada kebiasaannya, binatang yang aktif pada waktu malam ini bersarang di dalam lubang pokok di mana mereka menjaga dua atau tiga ekor anak. Pokok menjadi tempat tinggalnya.

Musang pulut adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Musang pulut boleh dikenali dengan tiga jalur gelap di bahagian belakang dengan latar belakang kelabu atau (creamy), dan topeng hitam pada bahagian mata, pipi dan hidung dengan tompok putih di bahagian bawah mata.

Musang pulut mempunyai bulu kasar kelabu sehingga keperangan dengan bulu tebal (guard hairs) hitam di hujung merata-rata. Musang pulut turut mempunyai bau yang kuat yang mencucuk hidung.

Musang pulut mempunyai berat sekitar 4 hingga 11 paun, dengan panjang antara kepala dan badan sekitar 43.2-71 sentimeter (17 to 28 inci), dangan ekor sepanjang 40.6-66 sentimeter (16 hingga 26 inci). 

Musang pulut mempunyai telinga yang kecil dan agak meruncing, sebagaimana hidungnya. Musang pulut mempunyai tubuh yang panjang kurus dangan kaki pendek. Bahagian telinga, kaki dan hujung ekor juga berbulu hitam.

Musang pulut menyebarkan biji benih dari pada buah yang dimakannya dengan memakan isi dan membuang najis yang berisi biji benih jauh daripada pokok asal.

Walaupun tidak banyak yang diketahui mengenai musang pulut, tabiat keluar waktu malamnya terhasil kerana bagi mengelakkan pemangsa. Dikategorikan sebagai pemanjat yang cekap dan menghabiskan kebanyakan masa di atas pokok. 

Musang pulut makan serba serbi dan mencari makan pada waktu malam secara bersendirian. Makanan utamanya adalah buah-buahan terutamanya mempelam, tetapi turut makan haiwan bertulang belakang kecil, cacing dan serangga.

Musang pulut juga sangat suka memakan buah kopi dengan cara memakan isi dan biji. Biji yang keluar bersama najis dipunggut untuk menghasilkan kopi luwak yang berkualiti tinggi dan berharga mahal. 

Musang pulut membiak sepanjang tahun. Anaknya dilahirkan kembar antara 2 hingga 5 ekor dan dijaga sehingga anak mampu berdikari.

Jumlah musang pulut semakin berkurangan akibat pemburuan haram. Haiwan eksotik ini biasanya akan menjadi hidangan kepada penggemar makanan eksotik khususnya di Thailand ataupun Vietnam.

Untuk mengekang pemburuan haram Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sentiasa membuat pemantauan dan tindakan serbuan dan tangkapan mereka yang melakukan kesalahan yang boleh didakwa mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Mengikut akta berkenaan, pesalah boleh dihukum denda maksimum RM500,000 dan penjara lima tahun. 

Kredit pemilik gambar

No comments:

Post a Comment