Sunday, 30 August 2020

SYARAT ANUGERAH PINGAT JASA MALAYSIA


Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia adalah kepada anggota ATM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung mulai 1 Jan 1969 hingga Okt 1989 yang terlibat menentang Komunis, dengan syarat tidak diberhentikan atas tindakan tatatertib seperti yang terdapat di Para 49 (1).

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk Pingat Jasa Malaysia:-

1. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau fomasi ATM bagi tempoh dari 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) atau

2. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara tidak langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) atau

3. Telah terbunuh, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas menentang Pengganas Komunis Malaya (PKM) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 atau Pengganas Komunis Kalimantan (PKKU) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990.

Permohonan juga terbuka untuk veteran yang telah meninggal  dunia, di mana waris boleh membuat permohonan.

Borang boleh dimuat turun melalui laman web www.jhev.gov.my

Permohonan boleh dihantar melalui JHEV ATM Cawangan negeri yang berhampiran atau ke;

Cawangan Pingat dan Memorial,
Tingkat 3,
301 Medan Tuanku,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50802 Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment