Anai-anai
bersarang di dalam pusu membentuk koloni anai-anai yang ada raja dan permaisuri
serta anai-anai pekerja.
Ada
pepatah, ‘berak atas pusu’ yang membawa maksud perbuatan individu atau kumpulan
yang mengaku melakukan sesuatu perkara kebaikan yang besar, sedangkan
sebenarnya ada pihak lain lebih banyak melakukan perkara kebaikan tersebut.
Cendawan
busut pula dipanggil kulat pusu. Dalam dialek Kelantan, cendawan dipanggil
kulat.
Kulat
pusu tumbuh di kawasan ada pusu, tetapi tidak pula tumbuh di atas pusu. Tanah
pusu biasanya keras dan tidak sesuai ada tumbuhan hidup di atasnya.
Pusu
ada jantan dan betina, tetapi bukan pasangan untuk melahirkan anak. Jenis pusu jantan
atau pusu betina adalah merujuk kepada bentuk pusu berkenaan.
Pusu betina
bentuknya agak besar dan bulat bentuknya. Manakala pusu jantan pula bentuknya lancip
iaitu tirus di bahagian atas.
No comments:
Post a Comment