Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terlibat
secara langsung dalam usaha memperkukuh pendidikan Islam di Kelantan. Ini
terbukti apabila MAIK memperuntukkan sejumlah RM29 juta kepada Yayasan Islam
Kelantan (YIK) sejak tahun 2014 hingga kini.
Peruntukan secara berterusan itu mencerminkan iltizam MAIK
dalam membina generasi berjiwa rabbani dan berdaya saing melalui sistem
pendidikan yang holistik.
Sebahagian besar dana disalurkan untuk membiayai emolumen
tenaga pengajar serta aktiviti yang menyokong pengurusan institusi pendidikan
Islam negeri.
Langkah strategik MAIK itu sekali gus memperlihatkan sinergi
utuh di antara institusi agama dalam memacu pendidikan Islam ke arah masa depan
yang lebih gemilang.
Gambar dari media sosial
No comments:
Post a Comment