Legenda Puteri Saadong terkenal di Kelantan. Terdapat nama
sekolah, taman perumahan, dewan dan lain-lain yang dinamakan "Puteri
Saadong".
Puteri Saadong adalah anak Raja Loyor, yang memerintah Kelantan Utara berpusat di Kota Jembal.
Pada masa sama terdapat kerajaan berpusat di Kelantan Selatan dikenali Chinta Wangsa yang diperintah Cik Siti Wan Kembang.
Memandangkan Cik Siti Wan Kembang tidak mempunyai anak, maka
baginda mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat. Puteri Saadong terkenal
cantik dan bijak.
Keistimewaan Puteri Saadong telah diketahui oleh Raja Siam, lalu ingin dijadikan isteri. Hasrat Raja Siam itu ditolak.
Untuk mengelak hasrat Raja Siam itu, maka Puteri Saadong
telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah, sepupu kepada Cik Siti Wan Kembang,
seawal usia 15 tahun.
Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah dianugerahkan sebuah jajahan bernama Jelasin yang dijadikan sebuah negeri dan mereka dimasyhurkan sebagai pemerintah. Ada juga menyebut nama negeri itu ialah Kota Mahligai.
Raja Siam berasa terhina dengan perancangan licik Cik Siti Wan Kembang dan Raja Loyor.
Raja Siam tidak memperduli status Puteri Saadong yang telah menjadi permaisuri satu kerajaan, mengarahkan bala tentera menyerang kerajaan di Jelasin untuk merampas Puteri Saadong.
Serangan tentera Raja Siam mampu dipatahkan oleh tentera Jelasin.
Namun, banyak tentera terkorban dan cedera. Perasaan Puteri Saadong sungguh
tertekan melihat keadaan itu.
Tidak lama selepas itu, sampai berita bahawa tentera Siam
telah bersedia untuk menyerang bagi gelombang kedua dengan kekuatan tentera lebih
besar.
Melihat kegelisahan rakyatnya terhadap musibah bakal melanda,
Puteri Saadong bersedia diserahkan kepada Raja Siam dengan syarat suaminya dan
rakyat Jelasin tidak akan diusik, bahkan akan dinaungi dari sebarang ancaman
oleh Raja Siam.
Ketiba Puteri Saadong di Siam telah diraikan dengan penuh
meriah. Bagaimanapun, sebaik Puteri Saadong tiba di istana, Raja Siam jatuh
gering.
Setelah beberapa hari, penyakitnya tidak sembuh, Raja Siam telah menitahkan supaya dia diusung ke kamar Puteri Saadong. Keberangkatan itu disambut Puteri Saadong dengan hormat dan bermaruah.
Raja Siam ketika bertemu Puteri Saadong mengakui penyakitnya
bermula sebaik ketibaan Puteri Saadong di istana.
Puteri Saadong adalah anak Raja Loyor, yang memerintah Kelantan Utara berpusat di Kota Jembal.
Pada masa sama terdapat kerajaan berpusat di Kelantan Selatan dikenali Chinta Wangsa yang diperintah Cik Siti Wan Kembang.
Keistimewaan Puteri Saadong telah diketahui oleh Raja Siam, lalu ingin dijadikan isteri. Hasrat Raja Siam itu ditolak.
Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah dianugerahkan sebuah jajahan bernama Jelasin yang dijadikan sebuah negeri dan mereka dimasyhurkan sebagai pemerintah. Ada juga menyebut nama negeri itu ialah Kota Mahligai.
Raja Siam berasa terhina dengan perancangan licik Cik Siti Wan Kembang dan Raja Loyor.
Raja Siam tidak memperduli status Puteri Saadong yang telah menjadi permaisuri satu kerajaan, mengarahkan bala tentera menyerang kerajaan di Jelasin untuk merampas Puteri Saadong.
Setelah beberapa hari, penyakitnya tidak sembuh, Raja Siam telah menitahkan supaya dia diusung ke kamar Puteri Saadong. Keberangkatan itu disambut Puteri Saadong dengan hormat dan bermaruah.
Biarpun kudis di bahagian dadanya kecil, namun sungguh berbisa. Ketika bertemu Puteri Saadong, bisa kudis semakin terasa dan tidak mampu lama berada di situ.
Ketua sami mengadap Raja Siam dan menawarkan pandangan. Pada firasat ketua sami itu, penyakit baginda ada kaitan dengan kehadiran Puteri Saadong, dan dinasihatkan agar Puteri Saadong mengadap dan mendengar pandangannya tentang penyakit itu.
Dengan berhemah, Puteri Saadong menjawab bahawa pada firaatnya, musibah itu angkara perbuatan Raja Siam sendiri.
Tindakan Raja Abdullah itu dipercayai kerana tidak yakin bahawa Puteri Saadong akan kembali setelah berada di bawah penguasaan Raja Siam yang cukup kuat.
Baca juga;

No comments:
Post a Comment