Pokok pala tumbuh secara semula jadi di Nusantara. Buah pala
dan rempah ratus menjadi antara punca kuasa Barat datang menjajah Nusantara.
Belanda yang telah menguasai sebahagian
besar Indonesia, namun masih gagal untuk menguasai Pulau Run yang kaya dengan hasil
buah pala semula jadi. Ketika itu Pulau Run dikuasai oleh Inggeris sejak 1616.
Demi untuk menguasai sepenuhnya Kepulauan
Banda, termasuk Pulau Run, Belanda dan Inggeris telah menandatangi Perjanjian
Damai pada 1677 yang mana Inggeris akan menyerahkan Pulau Run kepada Belanda
dan sebagai tukar ganti, Belanda pula akan menyerahkan Pulau
Manhattan.
Perjanjian yang ditandatangani pada 31
Julai 1667 di Breda, Belanda itu memberi kelebihan kepada Belanda untuk
menguasai sepenuhnya perdagangan buah pala.
Pasal 3 Perjanjian Breda memutuskan Pulau Run di Maluku yang sebelumnya dikuasai Inggris menjadi milik Belanda. Pulau Manhattan di Amerika yang merupakan koloni Belanda resmi menjadi hak Inggeris.
Pulau Manhattan yang dahulunya dikenali New Amsterdam kemudiannya telah ditukarkan kepada nama New York yang kekal sehingga sekarang.
Buah pala menjadi rebutan orang Eropah
kerana ia disebut di dalam kitab-kitab lama mereka sebagai kurniaan Tuhan yang
hebat.
Buah pala juga diguna untuk mengawet
makanan orang Eropah yang pada ketika itu berada di dalam zaman kegelapan,
kotor dan dilanda pelbagai penyakit dan wabak.
Setelah Belanda menguasai Pulau Run,
Belanda tidak membenarkan sesiapa pun menanam pokok buah pala di pulau
tersebut. Bekalan buah pala akan diambil daripada pulau-pulau lain yang telah
lama dikuasai Belanda.
Namun begitu Inggeris berjaya membawa lari
biji benih buah pala dari Pulau Run dan dibawa ke Pulau Pinang. Dari situlah
sejarah bermulanya buah pala di Pulau Pinang.
Di Eropah harga buah pala melonjak 60,000
kali ganda berbanding di tempat asalnya. Sebuah catatan Jerman dari abad ke-14
menyebutkan, harga 0,5 kilogram pala setara dengan harga tujuh ekor lembu
jantan gemuk.
Pada peringkat awal, pala dicari penduduk
Eropah kerana mitosnya sebagai ubat sekaligus bahan ramuan kesihatan seksual. Tanpa
buah pala, kaum bangsawan dan pemilik tanah di Eropah hanya seperti menyantap
bangkai dan makanan basi.
Ketika kekuasaan Rom Timur runtuh, pala hilang
daripada pasaran di Eropah kerana para pedagang sukar untuk melewati Alexandria,
pelabuhan di Mesir. Kerajaan Khalifah Uthamaniah menutup laluan dagang ke
Eropah.
Akibat sekatan tersebut, para pelaut Eropah dan pedagang mereka
akhirnya mulai mencari tanah asal buah pala dan menemukannya di pulau-pulau
Kepulauan Banda.
Pada awal abad ke-17, Syarikat Hindia Timur (dalam bahasa Belanda; Verenigde Oostindische Compagnie atau VOC), telah tiba di Kepulauan Banda dan mulai menguasai satu per satu pulau.
VOC berhasil menguasai Banda dengan
melakukan pembunuhan terhadap penduduk asal Banda dan ada yang sempat melarikan diri ke tempat lain.
Untuk mengusahakan penanaman dan penghasilan
buah pala, VOC membawa masuk. buruh dari daerah-daerah lain di Nusantara.
Penguasaan atas Pulau Run membuat Belanda
akhirnya dapat menguasai seluruh Kepulauan Banda, satu-satunya kawasan
penghasil pala di dunia kala itu.
Namun perbandingan Run dan New Amsterdam
itu hanya berlaku di masa lalu. Kala itu, hamparan tanah di New Amsterdam
memang tak menjanjikan apa-apa, tapi kini tempat itu berkembang menjadi
Manhattan, salah satu kota paling maju di dunia.
Sebaliknya, Pulau Run yang dahulunya amat
bernilai bagi Belanda, kini kekal di belakang daripada segi pembangunan. Sejak perdagangan pala berkurangan berikutan penurunan harga
pada abad ke-18, pulau itu seperti dilupakan.



No comments:
Post a Comment