Tanah Perkuburan Islam Limau Purut terletak
di Kampung Pasir Jelatang, Mukim Jelatang Kaabah, Kota Bharu, Kelantan. Tanah
perkuburan ini juga dikenali dengan nama Kubur Atas Gong kerana lokasinya di
atas gong atau tanah tinggi berbanding dengan jalan yang berada di sebelahnya.
Tanah perkuburan ini digunakan sejak lebih
50 tahun lalu. Namun, masih ada ruang kosong untuk menampung jenazah baharu.
Untuk menuju ke kawasan Perkuburan Islam
Limau Purut boleh melalui Jalan Kubur Lima dan kedudukannya betul-betul di
sebelah kanan di penghujung jalan tersebut (sebelum memasuki jalan lain di
simpan tiga).
Bagi pengguna Jalan Pasir Hor dari Kubang
Kerian boleh memasuki laluan atau jalan sebelum Kedai Bahulu Pasir Hor.
No comments:
Post a Comment