Buah pisang tadah embun adalah merujuk kepada sikat pisang yang keluar paling atas
di bahagian tandan. Ia paling awal keluar dari jantung pisang dan dikira 'umur' paling tua.
Dinamakan buah tadah embun kerana buah itu ‘tadah’ embun pada waktu lewat malam dan awal pagi. Ia bertepatan kedudukan buah tersebut di bahagian paling atas.
Apabila disebut buah tadah embun, bermakna buah itu paling cepat tua dan lebih dahulu masak berbanding dengan buah-buah lain jika dibiarkan matang di tandan.
Biasanya, pekebun pisang yang bukan berhasrat untuk menjual buah pisang itu, sekadar untuk dimakan keluarga, akan menunggu sehingga buah tadah embun masak dan kemudian baharu pokok itu akan ditebang untuk mengambil buahnya.
Jika buah tadah embun telah masak, bermakna keseluruhan buah di tandan itu telah matang dan tunggu masa untuk masak apabila ditebang. Buah pisang matang lebih sedap berbanding buah muda masak diperam.
No comments:
Post a Comment