Monday, 1 January 2024

KAMPUNG TANJONG RIAU, TEMERLOH

 
Dikenali dengan nama pekan Danok Mini Temerloh. Tidak pasti pula mengapa gelaran itu timbul. Itu tajuk digunakan pemilik akaun FB Isma Nazom Abdul Hamid. 

Dia mencatatkan beberapa fakta berkaitan pekan ini.
- Nama di atas geran Tanjong Riau. Di Malaysia bukan di Indonesia.
- Di bawah pentadbiran MPKK Kampung Bukit Kelulut.
- Bersempadan dengan Charok Petai Julai yang ada sekolah memandu..
- Di tepi Jalan Lencongan Temerloh Mentakab di Kilometer 2.5
- Jalan menghala ke Kampung Belengu dan kena melalui jirat Cina dan kubur Kristian.
- Di dalam kawasan MPT gamaknya.
- Ada jalan pintas ke Taman Temerloh Jaya dengan melalui kebun getah milik persendirian.
- Terdapat banyak kedai yang sangat sederhana tetapi hampir lengkap dengan pelbagai jualan: barangan runcit, sayur sayuran, buah buahan, kedai ngeteh termasuk sarapan dan makan tengah hari, kedai gunting rambut, jualan ikan sungai segar dan paling rare ada karaoke terbuka!
- Harga sangat sangat berpatutan dan ramai pengunjungnya. Jika kedai dinaik taraf mungkin harga barang akan naik.
- Jika pihak berkuasa yang menaik tarafnya dan mengenakan sewa minima kawasan ini akan bertambah maju.

No comments:

Post a Comment