Saturday 31 July 2021

TRAGEDI BERDARAH POS KALABAKAN 1963

Tarikh 29 Disember 1963 merupakan peristiwa yang menjadi titik hitam dalam sejarah Batalion Ke-3 Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD).

Seorang pegawai dan tujuh anggota LLP terkorban dalam peristiwa konfrontasi Indonesia-Malaysia demi mempertahankan kedudukan Pos Kalabakan.

Dalam peristiwa tersebut, satu platun dari Kompeni C 3 RAMD yang diketuai oleh Mejar Zainal Abidin Yaacob di Pos Sementara di Kalabakan, Tawau diserang hendap oleh Tentera Nasional Indonesia (TNI) semasa anggota sedang menunaikan solat Isyak.

Serangan yang dilakukan oleh Tentera Nasional Indonesia pada jam 9.00 malam itu menyebabkan pertempuran di antara kedua-dua belah pihak berlarutan sehingga jam 11.00 malam.

Susulan daripada kejadian tersebut menyebabkan seramai 18 anggota yang lain tercedera dalam mempertahankan kedudukan pos.

Tugu ini merupakan sebuah monumen yang dibina pada tahun 1969 sebagai memperingati pemergian perajurit yang terkorban ketika itu.

Pengorbanan perajurit-perajurit ini membuktikan semangat taat setia dan sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara.

No comments:

Post a Comment