Saturday 24 July 2021

PERBEZAAN BELIMBING BESI DENGAN BELIMBING BULUH

Hampir semua orang kenal buah belimbing. Tetapi, akan timbul kekeliruan apabila disebuat belimbing besi dan belimbing buluh. Itu belum lagi disebut belimbing tanah. Namun, kali ini hanya akan dijelaskan perbezaan di antara belimbing besi dengan belimbing buluh.

Belimbing besi adalah belimbing yang biasa dikenali atau juga dipanggil belimbing manis. Belimbing ini biasanya dimakan segar atau dibuat jus.

Dalam bahasa Inggeris buah ini disebut sebagai starfruit lantaran bentuknya yang serupa bintang apabila dihiris melintang.

Manakala belimbing buluh adalah yang jenis masam. Belimbing buluh juga dipanggil belimbing sayur dan belimbing masam. 

Dinamakan belimbing sayur kerana ia biasa dicampurkan di dalam masakan. Manakala dipanggil belimbing masam kerana rasanya masam.

Pokok belimbing besi mengeluarkan buah di julai atau ranting, sedangkan belimbing buluh berbuah di batang yang memudahkan untuk dipetik. 

 

No comments:

Post a Comment