Firman
Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perumpamaan berupa
nyamuk atau yang lebih rendah daripada itu.” (Surah al-Baqarah, ayat 26)
Ketika
mengulas ayat ini, kebanyakan ulama tafsir menukilkan satu kenyataan dalam
kitab mereka: “Nyamuk itu hidup ketika lapar dan menjadi mati ketika gemuk
(kenyang).”
Bagaimana
cara kita memahami kenyataan ini? Secara saintifiknya, nyamuk tidak mati ketika
gemuk kerana setelah menghisap darah, nyamuk akan mencari kawasan untuk
bertelur.
Boleh
jadi maksudnya ialah apabila seekor nyamuk lapar dan kurus, mereka lebih
selamat kerana bergerak dengan bebas dan pantas. Namun setelah kenyang dan
gemuk, mereka tidak mampu terbang tinggi sehingga lebih terdedah dengan bahaya.
Imam
al-Razi dalam Tafsir al-Kabir menjelaskan bahawa kenyataan itu perumpamaan
kepada kehidupan di dunia ini. Jika seseorang itu tidak terikat hatinya dengan
dunia, ia akan menjadi seperti nyamuk lapar bebas terbang dengan selamat.
Namun
jika dirinya tenggelam dalam kemewahan dunia, ia akan jadi lemah dan musnah
seperti nyamuk yang gemuk.
Menurut
ahli tafsir, ayat ini sebenarnya turun selepas orang Musyrik mempertikaikan
ayat al-Quran sebelumnya ketika Allah SWT membuat perumpamaan dengan sesuatu
yang dipandang remeh seperti lalat dan labah-labah.
Ia
suatu isyarat bahawa Allah sebagai sebaik-baik pencipta, tidak sekali-kali malu
untuk mendatangkan sekecil-kecil umpama, lantaran di sebaliknya tersimpul
sebesar-besar rahsia.
No comments:
Post a Comment