Islam
menganjurkan bersikap berani menasihat, menegur dan mengkritik secara membina
pemimpin kerana dengan cara itulah kesilapan serta kesalahan yang mungkin tidak
disedari pemimpin akan dapat dibetulkan. Ia sikap murni, terbit daripada hati
jujur dan bersih yang inginkan mencari keredaan Allah SWT semata-mata.
Sabda
Nabi SAW bermaksud: "Agama itu ialah nasihat." Kami pun bertanya:
"Bagi siapa (nasihat itu)?" Baginda menjawab: "Nasihat untuk
Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, imam golongan Muslimin dan seluruh Muslimin
(rakyatnya)." (Hadis riwayat Muslim)
Nasihat
di sini bukan bermaksud menasihati Allah SWT tetapi beriman dan mentauhidkan
Allah SWT, manakala nasihat terhadap kitab pula adalah menunaikan hak al-Quran
untuk dipelajari, dibaca, diamal, dihayati dan disebarkan.
Dalam
konteks Rasul SAW pula bermaksud beriman kepada apa-apa dibawa Baginda,
mencontohi sunah dan akhlak Nabi SAW. Adapun nasihat kepada imam dan pemimpin
adalah membantu, mentaati, menasihati serta menegur mereka apabila melakukan
kesalahan.
Dalam hal
menasihati pemimpin, ia boleh berlaku dalam banyak dimensi. Pertama, daripada
yang atas kepada di bawah seperti nasihat dan teguran Allah SWT kepada Nabi SAW
atau nasihat daripada orang bawah kepada pemimpin tinggi seperti sahabat
menasihati Baginda atau orang awam menasihati khalifah.
Islam sejak
awal diturunkan tidak putus-putus mencatatkan banyak kisah menasihati pemimpin,
bermula daripada nasihat atau teguran daripada Allah SWT terhadap Nabi SAW
seperti terakam dalam ayat pertama hingga 4 dalam surah Abasa:
Asbabun
nuzul (sebab turun ayat) adalah kerana Nabi SAW didatangi seorang buta, iaitu
Abdullah Ibnu Ummi Maktum yang ingin bertanyakan hal agama, namun Nabi SAW
tidak melayan kerana ketika itu Baginda sibuk berdakwah dengan pemimpin kafir
Quraisy seperti Walid Ibnu al-Mughirah dan amat berharap mereka akan memeluk
Islam. Lalu, Allah SWT menegur Nabi SAW atas sikap itu sedangkan hidayah milik
Allah jua.
Begitu
juga, ketika mengatur strategi dalam Perang Badar, Nabi SAW dinasihati pakar
strategi peperangan Khabab Munzir RA apabila mendapati
Baginda
bercadang berkhemah di suatu tempat agak jauh dari sumber air, lalu beliau
bertanya: "Wahai Rasulullah, adakah tempat ini pilihan wahyu daripada
Allah SWT atau dasar strategi perang?"
Nabi SAW
menjawab: "Tidak, bukan (wahyu) daripada Allah SWT tetapi ini hanyalah
strategi kita sahaja." Lalu, Khabab pun mencadangkan tentera Islam
bergerak lebih ke hadapan berdekatan telaga air dan dipersetujui Nabi SAW.
Pada
zaman sahabat pula, sejarah mencatatkan Sayidina Umar Al-Khattab dilantik
menjadi khalifah, beliau dengan lantang menyeru agar ditegur jika menyeleweng
dengan berkata: "Sesiapa antara kamu melihat pada diriku suatu
penyelewengan, maka luruskanlah ia."
Maka, bangkit seorang lelaki Arab Badwi berkata dengan berani: "Demi Allah wahai Umar, sekiranya kami mendapati kamu menyeleweng, nescaya kami akan luruskan kamu dengan pedang kami yang tajam ini."
Lalu Umar
menjawab: "Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang menjadikan dalam
kalangan umat Muhammad, mereka yang sanggup meluruskan Umar dengan
pedangnya."
Umar juga
pernah naik ke atas mimbar dan berucap menetapkan mahar perkahwinan tidak
melebihi 400 dirham. Lalu apabila beliau turun, beliau ditegur seorang
perempuan dengan membacakan ayat ke-20 dalam surah al-Nisa yang menyebut Allah
SWT memberikan kebebasan kepada lelaki memberikan sebanyak mana yang mereka
mahu sebagai mahar kepada perempuan.
Ini
menginsafkan Umar yang beliau tiada hak menetapkannya, lalu sedar kesalahannya
dan berkata: "Ya Allah, berilah keampunan kepadaku. Semua orang lebih
faqih (memahami) daripada Umar."
Khalifah
kedua itu pun kembali menaiki mimbar dan berkata: "Sesungguhnya tadi aku
melarang kamu menetapkan mahar terhadap wanita lebih daripada 400 dirham.
(Namun) sekarang, sesiapa pun boleh memberikan hartanya berdasarkan yang dia
suka (sebagai mahar)."
Maka, bangkit seorang lelaki Arab Badwi berkata dengan berani: "Demi Allah wahai Umar, sekiranya kami mendapati kamu menyeleweng, nescaya kami akan luruskan kamu dengan pedang kami yang tajam ini."
Baca juga;

No comments:
Post a Comment