Monday 25 December 2017

KEGUNAAN POKOK NIBUNG

Nibung atau nama sainstifiknya Oncosperma Trigillarium adalah jenis palma. Pokok nibung tumbuh di kawasan tanah kering. Pokok nibung tumbuh tinggi menegak tanpa cabang. 

Umbut pokok nibung boleh dimakan. Pelepah dan batang pokok nibung ditumbuhi duri yang tajam dan agak panjang.

Nibong menghasilkan upih seperti pinang. Sebenarnya antara pokok nibung dan pokok pinang seakan sama. Seperti dikatakan tadi, nibung ada duri. Buah nibung lebih kecil dan tidak boleh dimakan.

Satu lagi ciri hampir sama antara nibung dan pinang ialah kedua-duanya menghasilkan upih. Kegunaan upih untuk kedua-duanya agak sama.

Upih digunakan untuk membuat timba. Bagaimanapun, upih nibung lebih sesuai untuk dibuat timba kerana upih nibung lebih keras dan tahan lasak.

Satu lagi perbezaan ialah batang nibung lebih keras dan lebih tinggi berbanding pokok pinang. Pokok pinang mudah patah ditiup angin kencang apabila terlalu tinggi.

Untuk digunakan, batang nibung perlu dibuang durinya. Batang nibung digunakan sebagai titi dan tiang. Batang nibung tidak mudah reput biarpun direndam di dalam air. Batang nibung juga digunakan sebagai tiang rumah dan penyokong lantai.

2 comments:

  1. Sy sedang mencari sedikit kulit batang nibung, klau ade yg tahu dimane bole dptkan

    ReplyDelete