Wednesday, 24 January 2018

JAGA IMEJ IKUT PAKAIAN

Pakaian menjadi lambang pekerti. Hormati imej yang biasa dikaitkan dengan pemakai sesuatu fesyen pakaian.

Di negara kita, pemakai jubah dan serban dianggap insan mulia dan dihormati. Ia dikaitkan dengan mereka bergelar haji dan ustaz.

Sesiapa memakai jubah dan serban kenalah berkelakuan sebagai lazimnya orang memakainya. Jangan lakukan perbuatan yang bertentangan melambangkan sikap tidak senonoh atau perbuatan buruk.

Jangan sampai orang menganggap yang berjubah dan berserban juga berpekerti buruk. 

Kalau ingin melakukan sesuatu yang buruk, carilah pakaian atau imej yang sesuai dengannya.

No comments:

Post a Comment