Tuesday 12 April 2022

SEJARAH MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM)

 
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah berasrama penuh yang dibina diuruskan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). 

MRSM telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan.

MARA merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan bumiputera.

Bemula tahun 2020, nisbah pelajar bumiputera dan bukan bumiputera di MRSM adalah 96 peratus bumiputera dan 4 peratus bukan bumiputera. 

Walau bagaimanapun, hanya MRSM tertentu sahaja mempunyai pelajar bumiputera dan bukan bumiputera. MRSM PKP dan MRSM Ulul Albab hanya mempunyai pelajar bumiputera sahaja.

MRSM yang pertama ditubuhkan ialah MRSM Seremban yang telah dibuka pada tahun 1972. Maktab ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada tahun 1975.

Seramai 150 orang pelajar perintis bumiputera telah menjadi kumpulan pertama diterima belajar di maktab ini. MRSM Seremban telah dinaikkan taraf kepada Kolej MARA Seremban pada tahun 1993.

MRSM kedua ialah MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan yang mula menerima pelajar pada tahun 1973.

Sehingga kini terdapat 55 buah MRSM di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment