Friday 8 April 2022

PCAK SERAH SUMBANGAN KEPADA PEMANDU TEKSI

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) berpeluang menyantuni pemandu-pemandu teksi sekitar Kota Bharu. Program diadakan di perkarangan pejabat Persatuan Pemilik / Pemandu Teksi / Kereta Sewa Negeri Kelantan PPTK), melibatkan 40 orang pemandu. Mereka antara golongan yang terjejas teruk akibat PKP dahulu dan persaingan grab. 

Sumbangan berupa buah kurma, makanan kering dan wakaf al-Quran yang diterima dari penyumbang dan mengamanahkan kepada PCAK untuk diserahkan kepada yang layak.

Al-Quran wakaf diperoleh dari Haji Pa Nasi Kandar, Kampung Banggol yang mengendalikan Program Wakaf Al-Quran, menerima al-Quran yang diwakafkan dan kemudiannya mengagihkan kepada yang memerlukan.

Terima kasih kepada penyumbang, termasuk Hashidah Hashim dan Amran Rahman serta penyumbang lain yang membolehkan program berkenaan dilaksanakan dengan jayanya.

Program dijayakan dengan kerjasama iKasih Kelantan, Thirdforce Kota Bharu dan Pelitawanis Kota Bharu.

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai untuk memberi peluang lebih banyak asnaf dapat dibantu. 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliaton di talian 011-1941-3639 

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment