Thursday 31 March 2022

Mege puasa pelajar al-Quran

 
Masuk Ramadan, bermakna banyak rutin harian pada hari-hari sebelumnya akan berubah. Paling, ketara tentu sekali sepanjang Ramadan tidak boleh makan pada siang hari.

Sebab itu, banyak orang atau kumpulan akan mengadakan ‘mege’ puasa sebelum masuk Ramadan.

Termasuk ‘mege’ puasa adalah sekumpulan pelajar kelas al-Quran yang mengadakan majlis jamuan makan sempena kedatangan Ramadan.  

Ramadan disambut dengan penuh ketakwaan dan rasa bersyukur. Ramadan dinantikan kerana sepanjang bulan itu terkandung banyak kebaikan yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain, terutama Malam Lailatulqadar.

No comments:

Post a Comment