Wednesday 27 April 2022

PCAK ceriakan tiga beradik beli baju raya

 
Kisah tiga beradik yang tinggal dengan nenek di Gunong, Bachok tidak pernah mendapat baju raya baharu, menarik simpati Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK).

Wakil PCAK menjemput mereka di rumah nenek dan kemudianya dibawa ke pasar raya untuk memilih sendiri pakaian yang diminat.

Semoga sedikit sumbangan yang diusahakan PCAK memberi keceriaan kepada tiga beradik menyambut Aidilfitri bakal menjelma.

Anda juga boleh menjadi sebagai sebahagian ahli keluarga PCAK sama ada sebagai sahabat atau penyumbang untuk menjayakan program PCAK agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment