Thursday 26 September 2024

JAWATANKUASA BSMM NEGERI KELANTAN 2024-2027


Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kelantan selesai membuat pemilihan Jawatankuasa peringkat negeri bagi penggal 2024-2027.

Untuk jawatan pengerusi, Seri Buana Zainudin menang tanpa bertanding. Beliau sebelum ini adalah timbalan pengerusi dan menjadi pemangku pengerusi setelah penyandang meninggal dunia, iaitu Tuan Ghazali Tuan Long.

Mohd Rozi Mohd Noor menang jawatan timbalan pengerusi setelah mengalahkan pencabar, Tuan Harun Tuan Yahya.

Untuk jawatan naib pengerusi 1 dan naib pengerusi 2, kedua-dua jawatan dimenangi tanpa bertanding masing-masing oleh Mohd Zurairie Mohd Zubir dan Shahzayati Che Hassan.

Manakala jawatan setiausaha dan bendahari juga menang tanpa bertanding masing-masing oleh Nik Mohd Mustakim Yusoff dan Dazman Malik.

Jawatan pengarah pula dimenangi oleh Muhamad Nazari Mohamed Noor setelah mengalahkan dua calon lain.

Lapan jawatan ahli jawatankuasa pula dimenangi oleh Rosemi Jusoh, Mohd Syahir Azlan, Abdul Hafiz Ab Rahman, Ahmad Arif Che Ismail, Mohd Azreen Mustapha, Ahmad Alif Aarfan Azman, Mohd Arizul Aris dan Haslina Mohd Noor.

Proses pemilihan telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan Peringkat Kebangsaan secara dalam talian dengan dipantau oleh Jawatankuasa Pemilihan Peringkat Negeri Kelantan (JPPNK). Sebelum pemilihan dilakukan, taklimat telah diberikan oleh Pengerusi KPPNK.  

Walaupun proses pemilihan dibuat secara dalam talian, hanya mereka yang hadir di tempat yang ditetapkan sahaja layak mengundi. 

Proses pengundian telah dilakukan di dewan utama pejabat BSMM Negeri Kelantan, Rumah Amal Tengku Muhammad Faris Petra, Jalan Mahmood, Kota Bharu, Kelantan. 

Pemilihan peringkat daerah dan cabang untuk semua jawatan dimenangi tanpa bertanding.

Senarai Jawatankuasa BSM Negeri Kelantan Penggal 2024-2027 

Pengerusi - Seri Buana Zainudin.
Timbalan Pengerusi – Mohd Rozi Mohd Noor
Naib Pengerusi 1 – Mohd Zurairie Mohd Zubir
Naib Pengerusi 2 – Shahzayati Che Hassan
Setiausaha – Nik Mohd Mustakim Yusoff
Bendahari – Dazman Malik
Pengarah – Muhamad Nazari Mohamed Noor

Ahli Jawatankuasa:
- Rosemi Jusoh
- Mohd Syahir Azlan
- Abdul Hafiz Ab Rahman
- Ahmad Arif Che Ismail
- Mohd Azreen Mustapha
- Ahmad Alif Aarfan Azman
- Mohd Arizul Aris
- Haslina Mohd Noor.

No comments:

Post a Comment