Monday 6 December 2021

KACANG BENDI PERLU DIPETIK KETIKA MASIH MUDA

Banyak khasiat dan manfaat bendi atau disebut juga kacang bendi jika diamalkan selalu. Kacang bendi juga dikenali kacang lendir kerana mempunyai lendir apabila dipotong.

Di Kelantan ia dikenali kacang mior. Kacang bendi berasal Sri Lanka, kini ditanam di seluruh dunia terutamanya di kawasan tropika.

Bendi juga dikenali sebagai okra, gumbo, lady's finger. Nama latinnya ialah Hibiscus ensculentus. 

Bendi mudah ditanam menggunakan biji benih di atas tanah biasa atau di dalam pasu. Kacang mior dijadikan tanaman hiasan, selain mendapat buah dibuat sayur.

Kacang bendi mempunyai khasiat yang banyak iaitu tenaga, protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, besi, natrium, beta karotena, vitamin B1, B2, niasin, dan Vitamin C. 

Kacang lendi mula berbunga dan berbuah kira-kira 8 hingga 12 minggu selepas disemai. Pokok akan terus berbuah sekurang-kurangnya selama 2 bulan. 

Untuk rasa yang paling enak, petik buah apabila ia mencapai panjang 5 cm atau 2 inci. Bendi saiz ini lembut dan enak dimakan.

Jika dibiarkan lebih lama, buahnya berserat dan tidak enak untuk dimakan. Tambahan pula lendirnya menjadi bertambah ketika dalam proses semakin matang dan kemudian kembali berkurangan apabila telah matang.

Anda juga boleh makan bunga bendi sebagai salad atau ulam. 

Jangan biarkan buah bendi matang di pokok kecuali jika anda ingin dapatkan benih. Ini kerana jika buah matang di pokok, pokok tersebut tidak akan menghasilkan buah yang banyak.

No comments:

Post a Comment