Apabila
disebut perkataan nafsu, tentu banyak orang akan tergambar perbuatan tidak
elok. Paling kerap dikaitkan dengan nafsu seks.
Kita
sebenarnya perlu memahami maksud nafsu yang sebenar agar tidak terikut-ikut
dengan konotasi tidak elok.
Mengikut
kamus Dewan Bahasa dan Pustaka cetakan keempat, perkataan ‘nafsu’ yang kata
asal dari Bahasa Arab bermaksud:
1. keinginan yang keras, kehendak hati yang kuat, kemahuan yang kuat, dorongan
hati: nafsu belajarnya tidak padam-padam; terburu nafsu = keburu nafsu Id
berbuat sesuatu dengan tergesa-gesa kerana nafsu (dengan tidak
berfikir panjang);
2. = hawa nafsu kehendak hati yang kuat untuk me lakukan sesuatu yg melampau
atau kurang baik (seperti berseronok antara laki-laki dengan perempuan dan
lin-lain): perempuan tidak boleh me lakukan sesuatu yg boleh membangkitkan
nafsu dan perasaan laki-laki;
3. = nafsu makan ke inginan untuk makan, selera: fikiran yang tenang itu
biasanya tidak mengganggu nafsu makan; patah nafsu hilang selera; nafsu amarah
a) dorongan hati untuk melakukan sesuatu yang kurang baik; b) kepanasan hati,
kemarahan; nafsu kuda hawa nafsu yang melampau; ~nafsu-nafsi
berbagai-bagai jenis nafsu, pelbagai nafsu; nafsu tabiat ke mahuan
semula jadi, naluri; nafsu-nafsi, raja di mata, sultan di hati peribahasa
melakukan sesuatu dengan sesuka hati sendiri; bernafsu dengan penuh nafsu,
ada (mengandungi, menunjukkan) nafsu: mereka tidak begitu nafsu untuk
memakan kuih itu; matanya penuh ke muka Nahidah, pandangannya nafsu.
Dalam
literatur bahasa Arab, nafsu berarti "jiwa kehidupan" atau "gairah dan
hasrat akan duniawi".
Cuba
kita positifkan perkataan nafsu kepada maksud yang baik. Melakukan perkara yang
bersungguh-sungguh itu adalah nafsu. Jadi, pelajar perlu bernafsu untuk belajar
dan mengulangkaji pelajaran. Begitu juga pekerja juga mesti selalu bernafsu
untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.
Kita
perlu bernafsu untuk menjadi lebih hebat dan berjaya. Jangan jadi layu dan kuyu
tanpa nafsu. Tingkatkan nafsu agar kita kelihatan hebat dan dihormati orang.
Imam
Al Ghazali berkata, nafsu itu seperti anjing. Jika dilatih dan dijinakkan ia
pasti akan menjadi baik. Namun jika diikut bisikan syaitan, sudah pasti nafsu
itu berperangai seperti syaitan. Manusia berperangai macam syaitan lebih buruk
kesannya kepada manusia berbanding syaitan sendiri.
Syaitan
hanya menghasut manusia secara bisikan di dalam hati, sedangkan manusia
berperangai syaitan akan melakukan kejahatan secara nyata atau fizikal. Mereka
menjadi wakil syaitan dalam melakukan perkara buruk di dunia ini yang
melibatkan sesama manusia.
No comments:
Post a Comment