Kiambang sejenis pokok akuatik yang tumbuh
atau hidup di permukaan air. Ia mudah membiak dan sering menjadi penghalang
kepada laluan air atau menghalang pertumbuhan pokok kecil yang tumbuh di
sekitarnya, terutama yang berada di dasar sungai atau tasik.
Sebenarnya, selain sebagai pokok hiasan di
kolam ikan, kiambang juga boleh dimasak sebagai makanan. Pokok kiambang juga
boleh dijadikan makanan haiwan ternakan serta jika banyak ia memang boleh juga
dijadikan baja organik kerana mempunyai kandungan unsur Kalium (K) yang
tinggi.
Akar pokok kiambang telah dilaporkan boleh
direbus dan diminum bertujuan untuk melawaskan pembuangan air besar. Daunnya
ditumbuk lumat dan ditampal pada tempat berkenaan boleh merawat bengkak,
buasir, radang kulit dan ulser.
Daun kiambang yang segar digaul bersama
nasi panas dan santan kemudian dimakan sebagai penawar cirit. Air rebusan daun
kiambang diminum untuk meredakan batuk berdarah dan merawat diabetes.
Air rebusan yang digunakan sebagai mandian
dikatakan mampu untuk mengurangkan masalah kembung perut. Daun kiambang dibakar
dan gunakan abu untuk merawat penyakit kurap.
Seluruh bahagian pokok kiambang direbus dan
diminum untuk mengubati sakit perut dan sakit semasa buang air kecil. Ia juga
boleh merangsang haid dan melawaskan pembuangan air kecil kepada individu yang
bermasaalah.
Bagaimanpun, penggunaan kiambang dalam
bentuk makanan atau minuman tidak boleh dalam kuantiti banyak kerana boleh
mengganggu sistem penghadaman dan memberi kesan tidak baik untuk kesihatan.
Umpama kiambang di air, akar tidak jejak ke
bumi
Kiambang hidup di permukaan air
Kiambang boleh dijadikan sayur
No comments:
Post a Comment