Thursday, 9 January 2025

GULAI DAGING CAMPUR UBI KEMILI

 
Gulai daging yang dicampurkan dengan ubi kemili memang sedap. Penyediaan adalah tidak banyak beza berbanding gulai daging biasa, kecuali ditambah dengan ubi kemili yang telah direbus dan dikupas kulitnya.
 
Ubi kemili atau juga dikenali ubi keling merujuk kepada sejenis ubi yang kecil dan berkulit hitam. Nama saintifiknya adalah Plectranthus rotundifolius (Poiret) Sprengel. Di kalangan orang Jawa ia juga dikenali sebagai kentang jawa, kentang jembut atau kentang ireng.
 
Isinya berwarna putih jernih dan apabila dimasak akan menjadi putih. Ubi keling mengeluarkan bau yang harum dan enak apabila dimasak atau direbus. Itu menyebabkan rasa dan aroma gulai daging menjadi lebih wangi dan sedap.


No comments:

Post a Comment