Melancong atau ziarah antara aktiviti
digalakkan dalam Islam. Ini kerana melancong boleh dijadikan cara untuk
pengukuhan iman dan takwa. Sesungguhnya, banyak pengajaran berkaitan perkara
baik dan buruk dapat dilalui atau diperhatian semasa melancong di tempat
lain.
Ini amat bertepatan dengan ajaran Islam yang amat mementingkan elemen
mendengar, melihat dan berfikir dalam mencari kebenaran.
Firman Allah bermaksud: “Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka
mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga yang dapat digunakan
untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta
ialah hati yang di dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)
Peri pentingnya melancong dan mengembara, maka Islam memberi bebeberapa
kelonggaran dalam melaksanakan ibadat. Contohnya orang bermusafir dibenarkan
berbuka atau tidak berpuasa Ramadan.
Firman Allah SWT bermaksud: “Maka sesiapa yang di antara kamu yang sakit atau
dalam musafir (bolehlah berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari
yang tidak berpuasa) itu pada hari-hari lain.” (Surah al-Baqarah, ayat 184)
Islam datang bagi memperbetulkan persepsi manusia terhadap kehidupan kerana di
sebalik pelaksanaan syariat Islam di dalam segenap aspek kehidupan pastinya
akan membawa kebaikan kepada manusia.
Begitulah juga dengan aktiviti melancong
dan industri pelancongan itu sendiri. Kembara berjalan kaki (hiking) dan
mendaki gunung merupakan sebahagian daripada aktiviti melancong.
Jumlah pendaki Gunung Kinabalu pada tahun 2023
adalah seramai 47,212 orang dengan hasil kutipan sebanyak RM 9.5 juta. Malim
gunung dan poter akan memperoleh limpahan pendapatan hasil aktiviti tersebut
selain bidang perhotelan, pengangkutan dan makanan.
Sesungguhnya Islam menyediakan cara hidup terbaik kepada manusia. Maka,
kitalah sebagai orang Islam mempromosikan nilai-nilai murni itu kepada bukan
Islam. Apa saja yang dilakukan yang memberi kebaikan adalah satu ibadah.
No comments:
Post a Comment