Pada zaman China kuno mereka menyebut bekam
sebagai “perawatan tanduk” kerana tanduk menggantikan kaca. Pada kurun abad
ke-18, orang-orang di Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk berbekam
yang dikenali Leech Therapy.
Pada satu masa, 40 juta lintah diimport ke
negara Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi
makan. Jadi bila diletakkan pada tubuh manusia, dia akan terus menghisap darah
tadi dengan berkesan. Setelah kenyang, ia tidak berupaya lagi untuk bergerak
dan terus jatuh.
Seorang pakar herba Ge Hong (281-341 M)
dalam bukunya A Handbook of Prescriptions for Emergencies menggunakan tanduk haiwan untuk membekam/mengeluarkan bisul yang disebut tehnik “jiaofa”.
Disebutkan oleh Curtis N, J (2005), dalam
artikel Management of Urinary tract Infections: historical perspective and
current strategies: Part 1-before antibiotics. Journal of Urology.
173(1):21-26, January 2005. Bahawa catatan Textbook Kedokteran tertua Ebers
Papyrus yang ditulis sekitar tahun 1550 SM di Mesir kuno menyebutkan berkaitan
bekam.
Hippocrates (460-377 SM), Celsus (53 SM-7
M), Aulus Cornelius Galen (200-300 M) mempopularkan cara pembuangan secara
langsung dari pembuluh darah untuk pengubatan di zamannya.
Dalam melakukan
tehnik pengubatan tersebut, jumlah darah yang keluar cukup banyak. Cara ini
juga sering digunakan oleh orang Romawi, Yunani, Byzantium dan Itali oleh para
rahib yang meyakini akan keberhasilan dan khasiatnya.
No comments:
Post a Comment