Raja Loyor pemerintah di Kota Jembal. Pada masa sama
terdapat kerajaan dikenali Chinta Wangsa yang diperintah Cik Siti Wan
Kembang.
Raja Loyor ada anak dikenali Puteri Saadong. Puteri Saadong terkenal cantik dan bijak. Memandangkan
Cik Siti Wan Kembang tidak mempunyai anak, maka baginda mengambil Puteri
Saadong sebagai anak angkat.
Puteri Saadong dikahwinkan dengan Raja Abdullah Bin Raja Bahar ketika usia
15 tahun. Raja Abdullah adalah sepupu kepada Puteri Saadong.
Tindakan itu dilakukan tergesa-gesa untuk menghalang hasrat Raja Siam
memperisterikan Puteri Saadong. Raja Abdullah dan Puteri Saadong diberikan satu
kerajaan dikenali Kota Jelasin (ada juga mengatakan Kota Mahligai).
Raja Siam berasa terhina dengan penolakan itu, lalu
menyerang Kota Jelasin untuk menawan Puteri Saadong. Banyak rakyat terkorban
biarpun serangan pertama gagal.
Raja Siam tidak berpuas hati lalu menyiapkan angkatan
tertera lebih besar untuk menyerang Kota Jelasin.
Untuk mengelak pertempuran lebih besar, Puteri Saadong
bersedia menyerah diri. Sebelum dibawakan ke
Siam, Puteri Saadong meminta Raja Abdullah agar setia menanti kepulangannya.
Ketiba Puteri Saadong di Siam telah diraikan dengan penuh
meriah. Bagaimanapun, sebaik Puteri Saadong tiba di istana, Raja Siam jatuh
gering.
Sakit kudis di dada dialami Raja Siam amat serius biarpun nampak kecil.
Sakitnya bertambah jika menghampiri Puteri Saadong.
Atas nasihat ketua sami, Raja Siam bertanyakan Puteri
Saadong adakah penyakitnya angkara Puteri Saadong.
Dengan berhemah, Puteri Saadong menjawab bahawa pada firasatnya, musibah itu angkara
perbuatan Raja Siam sendiri.
Puteri Saadong berjanji akan merawat Raja Siam dengan syarat
setelah sembuh nanti, baginda akan dihantar pulang ke Jelasin. Raja Siam yang
tiada pilihan terpaksa menerima syarat tersebut.
Penyakit Raja Siam telah sembuh. Lalu, atas menunaikan
janjinya, Puteri Saadong telah dihantar pulang menaiki bahtera dengan diiringi
dayang-dayang dan hadiah.
Takkala Puteri Saadong tiba di Jelasin didapati Raja
Abdullah telah mungkir janji berkahwin dengan wanita lain.
Tindakan Raja Abdullah itu dipercayai kerana tidak yakin bahawa Puteri Saadong
akan kembali setelah berada di bawah penguasaan Raja Siam yang cukup kuat.
Pertengkaran suami isteri telah berlaku sehingga menyebabkan
kemangkatan Raja Abdullah.
Gambar sekadar imegenasi pelukis.

No comments:
Post a Comment