Sunday, 5 April 2026

KUPANG SEDAP DIGORENG SAMBAL TUMIS

 

Kupang atau juga dikenali siput sudu merupakan sejenis famili kerang-kerangan dwicangkerang yang boleh dimakan. Kupang boleh dijumpai di kawasan air tawar seperti tasik dan sungai. Kupang juga ditemui di kawasan pasang surut di pinggir laut.
 
Kupang merupakan sejenis siput (mollusk) yang mempunyai bentuk bulat dan bujur tirus di bahagian hujung kulitnya. Kulit kupang yang keras akan melindungi isi dari cacat atau dimakan oleh ikan dewasa.
 
Kulit kupang berwarna hijau gelap (hijau lumut) dan berjalur hijau muda di bahagian tepinya. Kupang mempunyai isi lembut dan berwarna oren kekuningan dan berasa liat ketika mentah.
 
Kupang sesuai dimasak lemak bersama serai, digoreng sambal tumis, masak merah, dibakar dan sebagainya.  
 
Permintaan yang tinggi terhadap kupang ini datang dari pengusaha makanan laut. Ini kerana rasa kupang yang enak serta bau aroma yang membangkitkan selera pengemar makanan laut.
 
Juadah kupang bakar atau kupang tumis berlada menjadi pilihan pengemar. Ini kerana isi kupang berasa lebih manis, mempunyai isi lembut dan sesuai dinikmati bersama nasi panas.

No comments:

Post a Comment