Sunday 1 October 2023

KIAMBANG BOLEH DIJADIKAN SAYUR

 
Kiambang sejenis pokok akuatik yang tumbuh atau hidup di permukaan air. Ia mudah membiak dan sering menjadi penghalang kepada laluan air atau menghalang pertumbuhan pokok kecil yang tumbuh di sekitarnya, terutama yang berada di dasar sungai atau tasik.
 
Sebenarnya, selain sebagai pokok hiasan di kolam ikan, kiambang juga boleh dimasak sebagai makanan. Pokok kiambang juga boleh dijadikan makanan haiwan ternakan serta jika banyak ia memang boleh juga dijadikan baja organik kerana mempunyai kandungan unsur Kalium (K) yang tinggi.  
 
Akar pokok kiambang telah dilaporkan boleh direbus dan diminum bertujuan untuk melawaskan pembuangan air besar. Daunnya ditumbuk lumat dan ditampal pada tempat berkenaan boleh merawat bengkak, buasir, radang kulit dan ulser.
 
Daun kiambang yang segar digaul bersama nasi panas dan santan kemudian dimakan sebagai penawar cirit. Air rebusan daun kiambang diminum untuk meredakan batuk berdarah dan merawat diabetes.
 
Air rebusan yang digunakan sebagai mandian dikatakan mampu untuk mengurangkan masalah kembung perut. Daun kiambang dibakar dan gunakan abu untuk merawat penyakit kurap.   
 
Seluruh bahagian pokok kiambang direbus dan diminum untuk mengubati sakit perut dan sakit semasa buang air kecil. Ia juga boleh merangsang haid dan melawaskan pembuangan air kecil kepada individu yang bermasaalah.
 
Bagaimanpun, penggunaan kiambang dalam bentuk makanan atau minuman tidak boleh dalam kuantiti banyak kerana boleh mengganggu sistem penghadaman dan memberi kesan tidak baik untuk kesihatan.

Umpama kiambang di air, akar tidak jejak ke bumi

Kiambang hidup di permukaan air

Kiambang boleh dijadikan sayur
 

No comments:

Post a Comment