Friday 22 November 2019

ETOK SAYUR LEMAK RESIPI PILIHAN DI KELANTAN

Etok sayur lemak. Selain etak salai, satu cara lain untuk menikmati etak ialah dengan cara dimasak atau digoreng. Sayur lemak etak adalah antara resipi pilihan ramai.

Resipi sayur lemak etok adalah sama seperti menggunakan hidupan bercengkerang lain seperti lala, tibing, tijah dan sebagainya. Maknanya tidak ada resipi khusus. Boleh ikut cita rasa masing-masing asalkan menggunakan etak segar. 

Masalah sebenar bukan resipi atau cara membuatnya, tetapi untuk mendapatkan etok segar. Biasanya bekalan etok lebih banyak dijadikan etok salai kerana permintaan tinggi dan harga lebih mahal. Etok salai menjadi kudapan terkenal di Kelantan. 

Selamat mencuba merasai etok dalam rasa berlainan berbanding etok salai yang sememang sudah terkenal dan ramai pernah merasainya.

No comments:

Post a Comment