Perkataan “dajal” ada beberapa bermaksud
berdasarkan kata nama itu. Dajal sebagai kata nama khas merujuk kepada satu
makhluk yang akan keluar sebagai petanda akhir zaman.
Dajal kuat menipu dan berbohong
dan mengelirukan kebenaran serta menguji keimanan orang-orang beriman ketika
itu dengan menjanjikan syurga palsu dan menakutkan dengan neraka palsu sehingga
ramai yang mengikutnya namun akhirnya dibunuh oleh Nabi Isa yang diturunkan
kembali oleh Allah SWT ke dunia.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Dajal, buta mata sebelah kanan, berambut ikal, bersamanya ada syurga dan neraka, nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka." (Hadis riwayat Muslim)
Berkata Imam Nawawi di dalam kitabnya iaitu Syarah Sahih Muslim, bahawa Dajal itu adalah seorang yang Allah SWT jadikan ia sebagai fitnah dan ujian kepada hamba-Nya dan Allah SWT memberi kepadanya kemampuan dan kekuasaan seperti menghidupkan orang yang telah mati, pada dirinya itu ada gambaran syurga dan neraka. Mampu untuk menurunkan hujan dan menyuburkan tanam-tanaman di muka bumi.
Adapun dajal sebagai kata sifat merujuk
kepada pembohong dan pereka cerita dan berita palsu yang semakin banyak
berkembang di akhir zaman. Mereka menghidangkan pelbagai cerita palsu yang enak
didengar oleh telinga bagi mengelirukan masyarakat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Akan ada di akhir zaman "dajal-dajal" yang kuat berbohong yang mendatangkan kepada kamu pelbagai bicara yang tidak pernah didengar oleh kamu mahupun nenek moyang kamu. Maka berhati-hatilah kamu dan jauhilah mereka (agar) mereka tidak menyesatkan kamu semua dan tidak juga mencetus fitnah (ujian mengelirukan) pada kamu" (Hadis riwayat Muslim).
Menurut Ibnu Hajar al-'Asqalani, perkataan "dajal" bermaksud menutup, mengaburi dan berbohong". Kata al-Aabaadi, ia bermaksud "mengelirukan". Menurut Imam Nawawi pula ia merujuk pada "menyembunyikan".
Justeru, "dajal" adalah pembohong, pereka cerita palsu dan berita-berita yang mengelirukan dan menyembunyikan kebenaran.
Definisi “dajal” dalam Kamus Dewan (selain nama khusus) ialah orang yang berperangai jahat, penipu dan sebagainya.
Individu yang digelarkan dengan “dajal” yang bemaksud perbuatan atau sifatnya yang sangat buruk atau jahat. Pendajal adalah orang yang melakukan perbuatan jahat.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Dajal, buta mata sebelah kanan, berambut ikal, bersamanya ada syurga dan neraka, nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka." (Hadis riwayat Muslim)
Berkata Imam Nawawi di dalam kitabnya iaitu Syarah Sahih Muslim, bahawa Dajal itu adalah seorang yang Allah SWT jadikan ia sebagai fitnah dan ujian kepada hamba-Nya dan Allah SWT memberi kepadanya kemampuan dan kekuasaan seperti menghidupkan orang yang telah mati, pada dirinya itu ada gambaran syurga dan neraka. Mampu untuk menurunkan hujan dan menyuburkan tanam-tanaman di muka bumi.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Akan ada di akhir zaman "dajal-dajal" yang kuat berbohong yang mendatangkan kepada kamu pelbagai bicara yang tidak pernah didengar oleh kamu mahupun nenek moyang kamu. Maka berhati-hatilah kamu dan jauhilah mereka (agar) mereka tidak menyesatkan kamu semua dan tidak juga mencetus fitnah (ujian mengelirukan) pada kamu" (Hadis riwayat Muslim).
Menurut Ibnu Hajar al-'Asqalani, perkataan "dajal" bermaksud menutup, mengaburi dan berbohong". Kata al-Aabaadi, ia bermaksud "mengelirukan". Menurut Imam Nawawi pula ia merujuk pada "menyembunyikan".
Justeru, "dajal" adalah pembohong, pereka cerita palsu dan berita-berita yang mengelirukan dan menyembunyikan kebenaran.
Definisi “dajal” dalam Kamus Dewan (selain nama khusus) ialah orang yang berperangai jahat, penipu dan sebagainya.
Individu yang digelarkan dengan “dajal” yang bemaksud perbuatan atau sifatnya yang sangat buruk atau jahat. Pendajal adalah orang yang melakukan perbuatan jahat.
Gambar sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment