Wednesday, 24 January 2018

LELAKI GHAIRAH LIHAT WANITA SEKSI

Sesungguhnya lelaki lebih mudah terdorong atau seperti tercabar apabila melihat wanita seksi. Lebih-lebih lagi lelaki mudah membuat tanggapan bahawa wanita bepakaian seksi seperti mempelawa lelaki melakukan perbuatan sumbang terhadapnya.

Tidak dinafikan memang terdapat kes wanita bertudung dan berpakaian sopan turut menjadi mangsa rogol. Sebenarnya mereka menjadi mangsa kepada lelaki yang mungkin terdorong nafsunya akibat melihat wanita lain yang seksi.

Disebabkan tidak berpeluang terhadap wanita seksi, maka kehendak nafsu itu dilepaskan kepada wanita lain, termasuk yang sopan dan beriman. 

Lebih malang lagi apabila perbuatan itu dilakukan kepada kanak-kanak yang belum mengetahui apa-apa, kecuali menanggung rasa sakit dan nasib malang seumur hidup.

Diperhatikan perbuatan mendedahkan aurat bukan saja dilakukan wanita belum bersuami, tetapi juga wanita bergelar isteri. Perbuatan ini menjadi-jadi disebabkan ada suami membenarkan dan berbangga isterinya berpakaian demikian.

Sikap suami yang membenarkan isteri mendedahkan aurat kepada pandangan lelaki lain sebenarnya layak dipanggil dayus. Mereka sepatutnya berusha menghalang lelaki lain melihat apa yang sepatutnya hanya miliknya.

Sesungguhnya kesalahan dilakukan oleh isteri turut ditanggung dosanya oleh suami. Suami sepatutnya menjadi pembimbing dan mencegah isteri dan keluarga daripada perkara mungkar.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah kamu dan kalangan kamu daripada api neraka.” - (Surah at-Tahrim, ayat 6).

Perlu diingatkan bahawa mendedahkan aurat adalah satu dosa besar. Justeru, adalah tidak tepat dikatakan menutup aurat hanya perkara kulit bawang yang nipis dan tidak mencacatkan iman. Seperti dosa besar lain, kesalahan tidak menutup aurat membawa pelakunya ke neraka.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua golongan daripada umatku menjadi ahli neraka, di mana aku tidak melihat mereka pada zamanku. Pertama, mereka yang mempunyai cemati seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia.  Kedua, wanita-wanita yang berpakaian tetapi berbogel, dan berjalan lenggang-lenggok, rambut mereka seperti bonggol unta. Maka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga.” - (Hadis riwayat Muslim).

No comments:

Post a Comment