Ikan keli yang diternak di Malaysia kebanyakannya spesies ikan keli afrika (Clarias gariepinus) kerana
kadar hidup yang tinggi, ketahanan penyakit dan cepat membesar.
Ada spesies yang telah pun berjaya diternak dan dikomersialkan di
negara seperti Thailand da Indonesia. Spesies diternak itu seperti keli kayu
(Clarias batrachus) dan keli bunga (Clarias macrocephalus).
Antara cara mudah untuk mengenal pasti spesies ikan keli
sama ada tempatan atau pun bukan ialah berpandukan saiz kepala dan bentuk
tengkoraknya. Kepala atau tengkorak ikan keli tempatan lebih lebar berbanding keli
afrika.
Lagi satu cara untuk kenal pasti ialah berpandukan bintik di
badan. Semua spesies keli tempatan ada bintik, cuma sama ada jelas atau tidak.
Setiap spesies juga memiliki saiz bintik yang berbeza-beza. Ikan keli afrika
tidak memiliki ciri-ciri ini.
Keburukan kehadiran ikan keli afrika ialah apabila
dilepaskan kepada kawasan terbuka seperti tasik, sungai dan paya.
Ikan keli afrika telah pun diwartakan sebagai ikan larangan
di Malaysia. Sebarang pelepasan ke perairan umum adalah satu kesalahan yang
besar. Ikan keli afrika dikelaskan antara 30 paling invasif daripada 97 spesies
pendatang yang telah direkodkan di Malaysia.
Ikan keli afrika akan menyebabkan ikan tempatan akan gagal bersaing dari segi populasi kerana ikan ini amat mudah membesar dan berkembang biak. Tambahan lagi pemakanan keli afrika adalah pelbagai dan agak pelahap. Keadaan itu telah menunjukan banyak kesan buruk terhadap ekosistem perairan.
Selain ikan keli afrika, spesies larangan lain ialah ikan
baung ekor merah, peacock bass, ikan bandaraya (pleco), tilapia hitam dan pacu.
Kehadiran ikan penceroboh itu boleh memakan mana-mana spesies ikan lain dengan
begitu banyak dan cepat bertindak balas kepada sumber makanan baharu.
Ikan keli afrika akan menyebabkan ikan tempatan akan gagal bersaing dari segi populasi kerana ikan ini amat mudah membesar dan berkembang biak. Tambahan lagi pemakanan keli afrika adalah pelbagai dan agak pelahap. Keadaan itu telah menunjukan banyak kesan buruk terhadap ekosistem perairan.
No comments:
Post a Comment