Penjagaan
ataupun pemeliharaan agama yang disebut oleh para ulama maqasid syariah adalah
merujuk kepada agama Islam.
Dari
sudut siyasah syariah pemerintah negara Islam tidak mempunyai sebarang
tanggungjawab menjaga agama lain. Bukan muslim boleh mengamalkan agama mereka
secara bebas selagi mana tidak menggugat kedudukan agama Islam.
Sesungguhnya
penjagaan Islam adalah tanggungjawab muslim dan agama lain pula tanggungjawab
penganut agama lain. Firman Allah SWT bermaksud: "Bagi kamu agama kamu,
dan bagiku agamaku." (Surah al-Kafirun, ayat 6).
Firman
Allah dalam surah an-Nisa ayat 139 pula bermaksud: "(Orang-orang munafiq)
ialah orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan
meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang
munafiq) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana
sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah,
(diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
Allah
SWT hanya mengiktiraf Islam sebagai agama yang diredai dan benar. Firman Allah
dalam surah Ali Imran ayat 85 bermaksud: "Sesungguhnya agama (yang benar
dan diredai) di sisi Allah ialah Islam."
Ibn
Taimiyyah menegaskan bahawa maqasid syariah yang paling tinggi adalah menjaga
agama iaitu menjadikan Allah Tuhan yang disembah dan tidak ada manusia yang
mensyirikkannya. Ini kerana hanya agama Islam adalah agama yang diredai Allah.
(Majmu’ Fatawa, 2/13).
Sheikh
al-Khadimi pula menyatakan bahawa maksudkan menjaga agama adalah memperkukuhkan
hukum-hukum agama (Islam) kepada manusia dan kehidupan alam ini serta melakukan
amalan untuk menjauhkan sesuatu dari apa yang bertentangan dengan agama Allah
seperti bidaah dan kekufuran. (Ilm al-Maqasid al-Syar’iyyah, Nuruddin
al-Khadimi).
Bagi
al-Imam al-Syatibi pula menyatakan bahawa maksud menjaga agama adalah
memperkasakan rukun-rukun agama Islam serta hukum-hukumnya yang ada”.
(al-Syatibi, al-Muwafaqat)
No comments:
Post a Comment