Tuesday, 26 November 2019

CARA BERKESAN MENDIDIK ANAK


Usia kanak-kanak adalah waktu terbaik untuk mendidik dan membentuk cara hidup yang berteraskan kepada Islam. Kanak-kanak mudah dibentuk kerana belum terpengaruh dengan perkara lain. 

Umpama seperti rebung, usia kanak-kanak bersedia menerima apa saja yang diajar dan diberikan kepada mereka. Sebaliknya, apabila dewasa maka sukar untuk melakukannya. Terdapat berberapa metodologi yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan kanak-kanak.

Manusia tidak dapat lari hidup dalam kumpulan. Tabie hidup manusia hidup dalam masyarakat. Sebab itu, manusia akan mudah tertumpu dan berkumpul dalam sesuatu komuniti. 

Jarang sekali kita melihat individu hidup jauh dari kelompok masyarakat, seperti tinggal di hutan, melainkan atas keperluan tertentu seperti melakukan pekerjaan atau hal tertentu. 

Jadi, untuk mendidik kanak-kanak, satu cara yang dilakukan ialah melakukan aktiviti kumpulan. Perkara ini perlu dilakukan kerana apabila dewasa mereka tidak dapat lari daripada bergaul dalam masyarakat. 

Unuk mengelak keadaan canggung atau tidak betah berada di dalam kelompok masyarakat, maka didikan awal sejak kanak-kanak perlu dilakukan. 

Sesungguhnya, hubungaan dalam kelompok mendidik kita kepada nilai-nilai murni. Jika kita ingin diterima dalam masyarakat, maka kita perlu melakukan perkara baik dan menjauhkan perbuatan buruk. 

Kita dapat lihat, kanak-kanak yang kerap bergaul dengan rakan sebaya mempunyai nilai-nilai yang baik dan mampu berinteraksi dengan rakan-rakan dengan selesa. Ibu bapa dan orang dewasa perlu mengawasi atau membimbing kanak-kanak dalam pergaulan dengan rakan sebaya. 

Kita perlu menunjukkan perkara yang baik atau apa yang sepatutnya yang dilakukan. Amalan bersalam, menghormati rakan dan orang dewasa, tolong menolong, tidak mementingkan diri sendiri dan sebagainya perlu diterap dalam diri kanak-kanak melalui aktiviti dalam kumpulan.

Perkara ini kita dapat dilhat terutama di Taman Didikan Kanak-kanak,Taska dan sebagainya yang mana proses pendididkan pada tahap ini lebih menekankan kepada cara pergaulan dan berinteraksi dengan rakan sebaya dan orand dewasa. 

Kita dapat lihat pelajar yang banyak bergaul dengan rakan sebaya lebih bijak dan mempuanyai emosi yang lebih stabil dan cepat memahami persekitaran. 

Memandangkan ada pengaruh rakan sebaya, maka amat penting kanak-kanak yang tidak menunjukkan sifat yang baik terus diperbetulkan agar perangai itu tidak mempengaruhi kanak-kanak lain.

No comments:

Post a Comment