Sejarah kemerdekaan negara sungguh
menarik membincangkan pengorbanan yang dilakukan oleh bangsa Melayu yang
terkadang sudah banyak pihak melupanya.
Hilang penghayatan kepada sejarah
kemerdekaan menyebabkan ada individu dan kumpulan tidak menghargai kemerdekaan.
Generasi hari tidak berusaha untuk menterjemahkan pengorbanan datuk nenek
memperjuangkan kemerdekaan tanah air.
Jika Melayu selama ini sudah banyak
berkorban demi keamanan dan kejayaan negara, mengapa kaum lain tidak dapat
bertolak ansur dalam soal kepentingan bersama. Umum diketahui, bangsa Melayu
peribumi asal menguasai negara kita sejak lama dahulu.
Sejarah tamadun bangsa Melayu
menguasai peradaban, semangat dan inspirasi bangsa Melayu sekarang.
Kegemilangan bangsa Melayu ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka begitu
meninggalkan kesan dalam diri setiap bangsa Melayu.
Tidak akan hilang Melayu di dunia
menjadi kata-kata azimat tinggalan Hang Tuah sentiasa membara. Namun, dalam
mencapai cita-cita kemerdekaan, Melayu sanggup berkorban. Pengorbanan
dimaksudkan ialah sanggup berkongsi kuasa dengan kaum pendatang.
Bangsa Cina dan India bukan bangsa
pribumi. Majoriti penduduk Cina dan India pada ketika itu tidak dilahirkan di
Tanah Melayu. Mereka kaum pendatang dan tidak layak memikirkan soal memerintah
negara sendiri.
Namun, Melayu sanggup berkorban demi
mencapai kemerdekaan. Syarat mesti wujud perkongsian kuasa di kalangan penduduk
Tanah Melayu seperti disyaratkan oleh Inggeris terpaksa diterima.
Pengorbanan itu cukup besar. Ada pihak
luar yang mempertikaikan keputusan itu yang dianggap sebagai sikap dayus bangsa
Melayu. Namun Melayu sanggup melakukan semata-mata untuk kepentingan
bersma.
Pengorbanan sanggup berkongsi kuasa
dengan penduduk yang hanya layak dipanggil pendatang adalah satu pengorbanan
yang belum pernah dibuat oleh bangsa lain di dunia ini.
Justeru, jika ada keistimewaan
diberikan kepada bangsa Melayu, itu sememangnya satu hak yang tidak perlu
dipertikaikan sebagai membalas jasa dan pengorbanan selama ini.
Hakikatnya bangsa Melayu tidak
tamak. Apa yang diperjuangkan hanyalah untuk mengembalikan hak yang telah lama
tergadai. Bangsa Melayu berhak untuk mengecapi kemewahan negara hasil
pengorbanan generasi terdulu.
Semua kaum lain sedar status kaum
Melayu di Malaysia. Memang wajar bangsa Melayu diletakkan pada kedudukan
sekarang. Bangsa Melayu tidak dijadikan bangsa kelas pertama, tetapi sekadar
diutamakan di dalam beberapa hal.
Usahlah kita mudah terpengaruh
dengan teori dari luar negara. Mereka tidak mengetahui apa yang sebenarnya
berlaku di negara kita. Kebanyakannya mereka yang lantang mengkritik sebenarnya
tidak pernah menjejak kaki di negara kita. Mereka buta sejarah negara
kita.
Bahkan, ada yang berniat buruk
kepada kita. Mereka sengaja tidak senang dengan keamanan dan kemajuan yang
dicapai oleh negara. Sangka mereka, dengan keadaan rakyat yang berbilang kaum,
negara akan sentiasa mengalami ketegangan kaum.
Oleh itu marilah kita sama-sama
menoleh sejarah lampau. Janganlah kerana masalah kaum menjadikan negara dalam
keadaan huru hara. Peristiwa 13 Mei perlu dijadikan pengajaran yang berpunca
akibat rasa banci dan iri hati antara kaum.
Masalah pemilikan ekonomi yang tidak
seimbang antara Melayu dan Cina turut menjadi punca peristiwa berdarah
itu.
Untuk mencapai kejayaan, bangsa
Melayu perlu bangkit membina kekuatan sendiri. Melayu tidak harus bertongkat
sepanjang masa. Melayu mempunyai peluang yang luas untuk berjaya. Bantuan
disediakan kerajaan perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
Statistik menunjukkan kejayaan orang
Melayu dalam pelbagai bidang masih jauh ketinggalan berbanding bangsa lain. Dari
segi ekonomi, jumlah ekuiti bangsa Melayu hanya berjumlah kira-kira 19
peratus.
Biarpun ia jauh lebih baik
berbanding hanya kira-kira 2.4 peratus pada tahun 1970, hakikatnya ia gagal
mencapai sasaran 30 peratus yang sepatutnya dicapai pada tahun 1990.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
dilancar pada tahun 1970 hingga 1990 banyak membantu meningkatkan taraf ekonomi
orang Melayu. Kadar kemiskinan bangsa Melayu menurun dengan banyaknya. Bagaimanapun,
kadar kemiskinan bangsa Melayu berbanding bangsa lain masih tinggi.
Pencapaian pendidikan tinggi bangsa
Melayu amat memberangsangkan. Bilangan orang Melayu mencapai kelulusan ijazah
pertama meningkat berkali ganda, termasuk dalam bidang profesional seperti
kejuruteraan, perakaunan, perubatan dan teknologi.
Dalam pada itu, apa yang masih
membimbangkan ialah kualiti siswazah Melayu. Biarpun bilangannya meningkat,
tetapi tahap kelulusan masih rendah. Inilah menjadi punca lambakan siswazah
Melayu yang gagal memperoleh pekerjaan selamat tamat pengajian.
Kelulusan yang mereka peroleh tidak
menepati kehendak bakal majikan. Ia ditambah pula sikap memilih pekerjaan dan
tidak mahu berusaha lebih.
Sewajarnya bangsa Melayu menyahut
cabaran meningkatkan kedudukan dalam semua bidang sesuai dengan kejayaan dicapai
negara secara keseluruhannya. Bangsa Melayu masih boleh berbangga dengan
kekuatan kuasa yang masih ada di tangan orang Melayu.
Usaha paling penting diusahakan sekarang
ini Melayu perlu bersatu. Jangan jadi seperti Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai.
No comments:
Post a Comment