Sunday, 3 June 2018

MAKSUD SUKUK


Sukuk ialah sijil kewangan atau instrumen pelaburan patuh Syariah yang berfungsi seperti bon konvensional. Ia mewakili pemilikan separa dalam aset asas dan memberi pelabur hak untuk menerima pulangan berkala atau keuntungan, berbanding faedah (riba) yang dilarang dalam Islam.

Istilah sukuk sebenarnya berasal dari bentuk jamak dari bahasa Arab iaitu 'sakk' atau membawa maksud sijil, cek dan instrumen undang-undang. 

Secara ringkasnya sukuk didefinisikan sebagai sijil bernilai sama yang merupakan bukti kepemilikan yang tidak dibahagikan atas suatu aset, hak manfaat dan jasa-jasa atau kepemilikan atas projek atau kegiatan pelaburan tertentu.

Pada prinsipnya sukuk adalah obligasi atau kewajipan konvensional berupa aplikasi konsep imbalan dan tanpa faedah melalui transaksi pendasar terhadap jumlah tertentu aset yang menjadi asas penerbitan sukuk dan wujudnya akad atau perjanjian antara pihak-pihak berdasarkan prinsip-prinsip syariah yakni instrumen kewangan yang bebas riba, gharar dan judi.

Sukuk secara umumnya mempunyai keistimewaan dan faedahnya yang tersendiri di mana mampu dilonjakkan sebagai sumber pembiayaan negara dan dalam, masa yang sama mengembangkan sistem kewangan Islam dalam aspek sebagai alternatif kepada instrumen pelaburan konvensional. 

Sukuk juga mampu menjadi landasan terbaik ke arah perluasan dana masyarakat umum yang bebas riba.

Permintaan terhadap sukuk semakin memberangsangkan kerana ianya telah berkembang dengan begitu pesat dan menjadi antara peluang pelaburan yang menawarkan risiko yang rendah, pendapatan yang tetap serta berlandaskan syariah.

Sukuk juga boleh dikenali dengan nama Bon Patuh Syariah atau Bon Islam. Terdapat persamaan antara sukuk dengan bon konvesional seperti mempunyai tempoh matang, kupon profit dan boleh dijual beli pada harga hasil.

Walau terdapat persamaan antara sukuk dengan bon konvesional namun perbezaan juga adalah amat ketara iaitu bon konvesional adalah merupakan klaim seseorang pelabur pada aliran wang di masa hadapan kepada pihak yang mengeluarkan bon.

Terbitan sukuk secara amnya dilakukan oleh syarikat-syarikat multinasional, perbadanan asing dan agensi pelbagai bidang seperti perbadanan kewangan antarabangsa, Bank Dunia dan bank pembangunan Islam.

Jualan sukuk mewujudkan lebih banyak kecairan dalam pasaran dan membantu memastikan kestabilan sumber dana-dana bagi syarikat-syarikat yang mahu membiayai semula hutang dan meluaskan operasi mereka. 

Peningkatan penerbitan itu akan diterajui oleh syarikat-syarikat infrastruktur dan utiliti menggunakan kupon sebagai cara memperoleh pembayaran daripada aset-aset yang disandarkan.

Di negara kita, sukuk dikawal selia di bawah bidang kuasa luas Suruhanjaya Sekuriti (SC). Majlis Penasihat Syariah (SAC) bagi SC, yang bertanggungjawab terhadap semua hal-ehwal syariah berkaitan terbitan pasaran modal Islam, mengawal asas hukum Syariah bagi struktur sukuk.

No comments:

Post a Comment