Monday 14 March 2022

KEBURUKAN SUBSIDI PUKAU

 
Bantuan subsidi diambil dari kutipan pendapatan negara termasuk antaranya hasil kutipan cukai dari rakyat. Bantuan subsidi secara pukal yang diberikan kerajaan bukan sahaja dinikmati oleh yang berhak tetapi juga oleh golongan kaya, termasuk bukan warganegara. 

Berlaku ketirisan dalam pemberian subsidi. Skim subsidi bertujuan membantu golongan yang berpendapatan rendah memenuhi keperluan hidup mereka.

Apa yang berlaku sebaliknya, subsidi yang diberi secara pukal turut dinikmati oleh golongan berada dan berkemampuan. Subsidi secara pukal tidak mencapai matlamat sebenar. Dalam kata mudah, golongan yang susah membiaya kehendak golongan yang berkemampuan.

Subsidi bertujuan memenuhi keperluan bukan kehendak. Memenuhi keperluan asas menjadi keutamaan kerajaan tetapi bukan disalahgunakan memenuhi kehendak golongan berkemampuan.

Paling menyedihkan apabila barang diberikan subsidi pukal diseludup ke luar negara kerana barang yang sama mahal di luar negara. Jadi, subsidi pukau yang sepatutnya dinikmati rakyat, turut dirasai penduduk di luar negara.

No comments:

Post a Comment